Isnin, 5 November 2012

Teater Nadirah

.
kali ni aku nak sharing pasal teater yang baru baru ni aku gi nonton ... seriusly lately ni memang dah lama aku tak gi menonton teater ... maybe kesuntukkan kerja mungkin ... dan untuk teater yang baru baru aku nonton ni pun aku tahu bila CikSukaHati ajak aku gi nonton :D

so teater yang aku maksudkan ialah NADIRAH sebuah pementasan yang dihasilkan oleh Alfian Saat dan diarahkan oleh Jo Kukathas & Amsalan Doraisingam ... teater ni dipersembahkan oleh 5 tonggak yang bagi aku berjaya menghidupkan persembahan ini mereka ialah Neo Swee Lin, Patrick Teoh, Redza Minhat, Farah Rani dan Ani Juliana Ibrahim yang memegang watak NADIRAH yang cukup chomelll ... dammed terpikat tetiba [ matilahhh :-SS ]




setelah aku melihat persembahan ni ... apa yang aku lehh katakan interesting dan awesome ... satu pementasan yang berani yang cuba diketengahkan kepada penonton xpecially penonton Malaysia :)

serius kalau issue pasal perkahwinan berlainan agama ni memang tidak dipandang ringan di Malaysia ... dan apa yang aku tahu if di negara lain ada yang membenarkannya ... tapi bukan tiada benda ni berlaku di Malaysia ... cuma seperti yang mereka kata ... benda ni ada cuma tak diketengahkan ... [coz dulu aku pernah jumpa pasangan macam ni zaman aku remaja]

dalam pementasan ni juga aku suka satu element di mana minat terhadap sesuatu pasukan bola pun boleh dijadikan sebagai salah satu main point dalam pementasan ini ... heheheh memang interesting lahhh sampai aku dah mula fikirkan something ... ahhh abaikanlah hahahah :P

apa apa pun NADIRAH ni memberi satu persembahan yang amat menarik ... cukup dengan element kesedaran ... kegembiraan ... persahabatan ... kesedihan ... dan macam macam lagi lahh ... adakalanya kau akan tergelak ... adakalanya kau akan touching ... dan adakalanya ... kau akan berkata ... ehhh betul juga apa dia kata ... oh maybe ... ini lahh yang biasa kita nampak zaman sekarang ... 

ntahlahh aku nak ulas panjang panjang pun bukannya aku pakar sangat ... cuma apa yang aku boleh katakan persembahan ni AweSome SanGaT if ada persembahan ini diDVDkan ... confirm aku akan beli dan jadikan ianya salah satu koleksi DVD aku ... [harap harap depa baca dan depa DVDkan pementasan ini ... hahahha kau ingat kau siapa KEMATZ ... :P ]

opsss lupa aku nak say tahniah pada Farah Rani yang memegang watak Maznah ... walaupun dia tengah injured time tu ... tapi kesakitan yang dia alami tidak menghalang untuk dia memberi satu persembahan yang mantap ... serius ... aku mula mula ingat itu memang dalam skrip rupanya tidak ... dia memang benar benar tengah injured ... SELUTE to you Farah ... :D 

so pada mereka yang tetiba teringin nak menonton rasanya masih tidak terlambat lagi ... coz persembahan ini sampai 11 November ... amacam ... ada berani nak nengok ... hehehehhe gitulahh ye ... so as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

** aku masih tertanya ending persembahan ni ... adakah mak si Nadirah ni still Islam or dah convert ... if dah convert mean issue dia just hubungan mak dan anak yang berlainan agama lah ye ... [lupa aku nak tanya time soal jawab dengan pelakon hari tu :-SS ]

TakSangkaYer ... :-t
.

2 ulasan:

Nur Azillah Binti Abas berkata...

SALAM,KAMI INGIN PROMOSI TEATER MUZIKAL DESTINI ANAK BANGSA TAN SRI ARSHAD AYUB...
ARAHAN OLEH: MAZLAN TAHIR
TARIKH PADA: 25-28 JANUARI 2013
PADA HARI JUMAAT,SABTU,AHAD & ISNIN
BERMULA PADA JAM:8.30PM
HARGA TIKET: RM15(Student),RM25,RM50,RM80,RM100
UNTUK MENEMPAH TIKET BOLEH MENGHUBUNGI:
ILA: 017-3808825
SEKIRANYA PIHAK DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI INGIN MENEMPAH TIKET SEBANYAK 40 KEPING DAN KE ATAS
PIHAK UITM MEMBERI DISKAUN BAGI HARGA TIKET RM 15 KEPADA RM 10 SAHAJA.
DIHARAP KEDATANGAN PIHAK DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI
AKAN LEBIH MEMERIAHKAN LAGI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL DESTINI ANAK BANGSA TAN SRI ARSHAD AYUB!!!!!
NIE PAGE TEATER KAMI : https://www.facebook.com/events/375649355842629/

KeMatZ berkata...

thanks for tha info :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin