Memaparkan catatan dengan label Pesona Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesona Seni. Papar semua catatan

Ahad, 26 Februari 2012

Pementasan Teater Ayah by Pesona Seni Kuala Lumpur

.
semalam aku berkesempatan menonton sebuah pementasan teater yang diadakan di Auditorium JKKN Kuala Lumpur Taman Budaya Jalan Tun HS Lee .. pementasan teater kali ini bertajuk AYAH yang dipersembahkan oleh Pesona Seni Kuala Lumpur ...

well aku tahu adanya teater ini haruslahh dari 2 member aku yang merupakan tonggak utama dalam pementasan ini iaitu Pyar dan Zaini ... so seperti dirancang ... aku bersama enAdam dan enIzman pun sepakat untuk gi menonton tanda sokongan kami kepada mereka wahhh gituuu ... :D

so pementasan ini menceritakan tentang kisah Badrul Budiman yang merupakan seorang jutawan dan mempunyai 4 orang anak hasil dari empat perkahwinan beliau ... setiap perkahwinan beliau dianugerahkan dengan seorang cahaya mata ...

setiap anak anak beliau amatlah membenci beliau ... bermula dengan Nurul Azian yang berdendam kerana telah ditinggalkan oleh Badrul Budiman sejak dilahirkan lagi ... walupaun apa yang dia ketahui ibu beliau amat menyanjung tinggi Badrul Budiman :|

Hendra Haikal pula anak kepada isteri kedua Badrul Budiman ... turut amat membenci ayahnya kerana telah memisahkan beliau dengan ibu beliau secara paksa ... dendam yang ada pada Hendra Haikal amat mendalam sehingga beliau tidak pula menghormati ayah beliau sendiri

Nurul Aziha merupakan seorang anak yang baik hati tetapi membenci ayahnya selepas ibunya mati dibunuh oleh ibu tirinya ... selain itu Nurul Aziha turut kecewa dengan tindakan ayahnya yang langsung tidak mempedulikan atau mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan oleh ibu tirinya ...

Amir Furkan plak merupakan anak Badrul yang terakhir yang telah dididik dan dibelai dengan penuh kasih sayang dan kemewahan sehingga membawa kepada kerosakan akhlak pada amir Furkan ...

di pementasan ini ... kita dapat melihat bagaimana tindakan dan penjelasan yang diberikan oleh Badrul Budiman terhadap segala persoalan yang timbul terhadap anak anak beliau sehingga tercetusnya dendam kesumat di hati anak anak beliau ... wow sungguh tragis ... :|

so setelah selesai menonton ... apa yang aku boleh katakan ... ini merupakan sebuah pementasan yang berjaya bermain dengan emosi masing masing ... setiap pelakon berjaya membawa watak masing masing sehingga tersentuh dihati ...

serius aku tak tau kenapa ... xpecially kisah NurulAziha ... lakonan mantap yang diberikan oleh Fatin Nasrin amat menghidupkan watak cerita ... sehingga membuatkan kitorang terpesona dan kusyuk serta ingin tahu kenapa dan mengapa semua itu berlaku ...

pada member aku si Pyar and Zaini ... congrats pada korang ... well Pyar lakonan ko semakin maju ok ... if tak silap aku ini kali ke3 aku menonton pementasan ko ... wow serius ada improvement ... dan ko memang amat sesuai ok dengan watak gituuu ... curtlassstt ko jahh :P

pada Zaini ... wow unexpected ko mampu membawa watak sebegini ... ingatkan ko hebat dengan watak watak drag jahh ... matilahh aku kena smack nanti ... but tahniah bro ko memang cool malam tu ... confirm ko lehhh menang award pelakon baru gitu ... seperti dalam dialog ko ... hahahahah :P

overall ... Persembahan Teater Ayah ini sememangnya MANTOP dan mempunyai pengisian ... dimana pada aku ... kita sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa sesuatu pekara itu harus dilakukan xpecially tentang didikan pada anak anak ... ia tidak semestinya apa yang kita fikirkan kita benar sememang benar sebenar benarnya bukan ... pasti ada terselindung sedikit yang tersirat disebalik kejadian ...

ehhh apa yang aku merapu ni ... hahahah tapi itu lahh aku memang puas hati ... dan sememangnya cukup seronok menonton persembahan Teater Ayah ini ... tahniah pada semua Crew and All Team Produksi yang telah menjayakan pementasan ini ... GREAT JOB :)

sebelum pulang ... haruslahhh berphoto bagai dengan 2 tonggak utama pementasan AYAH ni kan ... dengan siapa lagi kalau bukan dengan Pyar and Zaini ... next persembahan jangan lupa jemput weolss semua ok korang .... insyaALLAH kalau tak ada yang menghalang kitorang pasti turun bagi support :D

so begitulahh kekdahnya cerita kisah pementasan Teater Ayah by Pesona Seni Kuala Lumpur ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

* credit all photo to Pyar @ ShanazAhmad ... :)

TakSangkaYer ... :-t
.

Isnin, 18 April 2011

anje anje babah da' teater ...

.
baru baru ni aku ada dapat invitation untuk menonton teater produksi Pesona Seni ... tajuk teater ni Anje Anje Babah ... dan yang best nyer member aku zaman belajar kat puncak dulu si Pyar merupakan salah sorang line up dalam pementasan ini ... :D

actually this second time aku melihat produksi Pesona Seni punya kerja ... before this aku ada menonton teater bertajuk UBAT ... dan time tu pun si Pyar merupakan salah sorang line up pementasan tersebut ... :)

so pada sabtu lepas aku ngan enMally telah pun spent time kitorang untuk turun ke Taman Budaya Kuala Lumpur untuk melihat si Pyar atau nama glamournyer skrang Shanaz Ahmad bersama team Pesona Seni mempersembahkan Anje Anje Babah ...

pementasan Anje Anje Babah ni bermula around kul 8.30 malam macam tu ... so bila sampai register bagai ... then cari sit yang menarik then duduk serta nantikan pementasan dimulakan ...


so pementasan Anje Anje Babah ni cuma menceritakan bagaimana seorang Babah ataupun seorang ayah membesarkan 3 orang anaknye dengan selama ini menjadi seorang pondan yang menyanyi di club malam ... sepanjang kehidupan mereka amat bahagia dan ketiga tiga anaknya tidak mengetahui pun selama ini babah mereka adalah seorang pondan :|

sehinggalah di suatu ketika kisah babah terbongkar lalu babah telah dihalau keluar oleh ketiga tiga anaknya yang tidak dapat menerima kenyataan ini ... dalam masa yang sama jiran mereka yang merupakan kawan baik babah telah menceritakan bahawa babah mereka itu bukanlah ayah kandung mereka ... mereka hanya dibela oleh babah sejak kecil setelah ayah sebenar mereka mati di tali gantung akibat membunuh dan ibu mereka meninggal akibat penyakit AIDS ..

kekesalan di hati mereka telah menyebabkan mereka cuba untuk memujuk semula babah tapi apakan daya .... mereka gagal ... :(

so ... pada pemerhatian aku ... aku cukup suka pementasan kali ini ... dari segi lakonan utama memang semua nyer mantap ... pada si Shanaz perhh ada improvement ok ... hehehe jangan kata aku bias ... tapi aku mai pun memang purpose nak nengok member beraksikan ... heheheh :P

aku amat suka time berlaku pertelingkahan antara anak dengan babah ... ketika babah dihalau .. amat touching ok ... begitu juga time babak anak anak cuba memujuk babah semula untuk pulang ke rumah ... tapi ada juga kepelikan telah berlaku ... :-?

aku mushkil awatlah budak budak dari kolej jururawat ni duk tergelak gelak time since sedih ... korang ni mai nak nengok persembahan teater ke nak nengok Maharajalawak ... coz pada aku since tu tak lawak ok ... motip ko gelak kikikik bagai ... ntahlah ..

tu belum lagi yang duk bagi script ... dengan slumber menyuarakan pendapat yang aku rasa tak perlu kot ... dengan nak kata "
eh jahatnyer dia" atau "kau siapa nak halau babah, tu kan rumah babah" hello .... nengok dan hayati sudah .... motip ko nak jadi director

itu belum lagi ko duk dikalangan mereka yang annoying .. tengah tengah duk kusyuk layan tup tup ... "ehh tu bukan cikgu burn ke?" "eh nanti nak bergambar ngan cikgu burn boleh tak cikgu?" "cikgu boleh tak kitorang nak jumpa pelakon?" hello ... sembang lepas pementasan boleh tak ... lantaklah ko nak bergambar ke comolot ke ada orang lain kisah janji tak kacau orang nak menonton .... the best tu ada cikgu tu ... hemmm tak tau nak cakap apa ... #-o


tapi apa apa pun ... overall persembahan Anje Anje Babah memang mantop ... TAHNIAH PADA ALL TEAM PRODUKSI PESONA SENI yang telah menjayakan pementasan ini dengan jayanyer ... kira puas hati lahh dan rasa berbaloi spent time aku untuk menonton pementasan ini ... walaupun ada minor minor yang bukan disebabkan dari team produksi ... yang membuatkan focus tontonan ko terganggu ... tapi nak buat macam mana kan ... bak kata pepatah orang nak nengok teater ... depa pun nak nengok teater tapi ...... hemmmm :-<

lepas pementasan tu sempat gak lah aku ngan Mally duk posse ngan pelakon utama Anje Anje Babah ni ... si Shanaz Ahmad ... dan kebetulan juga ada si Fariez pelakon putera katak dalam slot lagenda ... kata dek enMally dan Shanaz lahhh aku pun tak pasti eheheh :P

so selesai pementasan ... lepak ngeTeh .... then lepas tu kitorang pun pulang ke pangkal jalan ... so gitulahh citernya ... pada Pyar or Shanaz ... jangan lupa ye if Anje Anje Babah ada dalam bentuk DVD sila roger aku yek ... aku nak beli ... :D

seperti biasa ... stayTuned for next entry dari aku yek ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Rabu, 24 Mac 2010

amik UBAT.....

.
pada ahad lepas... aku berkesempatan menonton sebuah teater yang diadakan di Stor DBP.... time aku menonton tu... aku gi bersama CikArina....:) rakan menonton teater aku CikSue... hari tu dia ada larian memanjat tower 13... so dia penat... dan tak nak ikut...:(


seperti teater teater yang diadakan di Stor DBP ni yang diadakan di Stor DBP ni... ianya bermula around 8.30malam.. so sampai jer kitorang kat situ.. terus bayar tiket... or sumbangan... tak mahal pun rm10 sekepala.... then terus cari port terbaik...

mungkin malam tu keadaan hujan so sambutan macam kurang sikit lahh.... tapi itu ada gak kelebihan buat yang hadir... kerana kitorang agak selesa menonton... sambik duk menyandar... ala ala melihat tv di rumah... heheheh ;)

ok.. bercerita pasal teater UBAT ni.... hemm aku nak olah lebih lebih pun... aku ni bukan nyer xpert sangat nak comment or kritik beria.... ialahh... aku berlakon or berteater pun tak pernah... ada hati nak condem orang... tapi maybe apa yang aku tulis ni just apa yang aku lihat sendiri lahh... wahhh beria aku ni... :))

teater ni mengisahkan kehidupan seorang Penjual Ubat di ChowKit yang dilakonkan oleh Saudara Black... nama sebenar aku kurang pasti... hehehe... kisahnyer... dia ni walaupun sekadar menjadi penjual ubat... tapi dia juga merupakan seorang pendengar pada masalah pelanggan yang bercerita dengannyer....

apa yang aku boleh katakan... Black berjaya menghidupkan wataknye dengan slumber jer.... serius talk aku katakan... bukan slow talk ok... hehehe... dari awal dia muncul... sampai ke ending... aksi beliau ko enjoy dengan lawak lawak spontan dia... dan time serius pun membuatkan ko akan focus... hingga boleh terkejut pada endingnyer... hahahah serius beb...:)

persembahan yang aku nantikan offcoz lahh penampilan member se-U aku.... si Shanaz (perhhh nama glamour gitu) or atau lebih mesra dipanggil pyar dikalangan member member kitorang.... penampilan Pyar.. sememangnya membuatkan aku berkata... dammed... TAKSANGKAYER... member aku talented....

mahu tak nyer... ni teater ok.. bukan lakonan yang dibantu skrip bagai... dan if ko lupa or terkantoi leh replay balik... kan.... tapi Pyar persembahan ko memang mantop...

babak terakhir pun... babak perbualan antara penjual ubat dan Imran yang dilakonkan oleh saudara Eddy.... babak ni pun agak menarik membuat kan ko focus.... erkk... xpecially bila berkaitan dengan tujuan kita mendirikan rumah tangga.... sehingga bedebat antara hukum agama dan business minded.... :-?

hemm.... tapi pada keseluruhan..... teater ni kira menarik lahh.. apa yang cuba disampaikan mudah untuk kita fahami.... dan aku terhibur lahh... dengan lawak lawak spontan yang dipersembahkan... memang menarik....

cuma maybe... pada pendapat aku... persembahan ni sekejap... aku tak tahu lahh mungkin sebab ko terlalu focus dan seronok sampai tak menyedari masa berlalu begitu pantas.....kan... dan another one... macam tak ada since mengenai Mona dan Imran (pasangan suami isteri)... sekira ada since ni maybe ianya nampak lebih menarik...

tapi ni just my idea jer... hehehe... sebab bukan apa.. bila lepas jer bunyi guruh ketika keadaan tengah tegang debat antara penjual ubat dan Imran.... sehingga aku terkejut dibuatnya... terus habis... sampai aku tertanya... habis dah ke... erkk... :-\

tapi apa apa pun... pada aku secara keseluruhan aku puas hati... insyaALLAH... sekiranya ada persembahan seperti ini akan aku hadir untuk menontonnyer.... hehehe.... pada member aku si Pyar... or Shanaz.... tahniah sebab dapat memberi persembahan yang boleh dibanggakan.... ok... ni kalau FAKULTI tahu ni mesti kagum... :P

so begitulahhh kesudahan berita kali ini... wahhh.... pada team Teater UBAT..... tahniah kerana berjaya menyediakan sebuah persembahan yang menarik....=D> insyaALLAH kita berjumpa di next persembahan.... pada yang membaca as usual... stayTuned for next entry sekiranya ada.... hehehehe :)

* terasa pelik kenapa persembahan sebegini kurang mendapat sambutan... adakah kerana pelakon nyer kurang dikenali... atau kurangnyer publisiti.... hemmmmm "MAYBE"

TakSangkaYer.... :-t
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin