Memaparkan catatan dengan label Cuba Try Test. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuba Try Test. Papar semua catatan

Isnin, 5 September 2016

Apa Beza ???

.

apa perbezaan dua benda di atas ni
gambar pertama
cuba diindahkan dengan melibatkan kos yang tinggi
manakala
gambar kedua
cuba dirobohkan atas alasan fahaman agama

jadinya
kenapa gambar pertama tidak
dirobohkan jua
kenapa perlu diindahkan
adakah
fahaman agama di peringkat negeri
dan peringkat negara
berbeza

serius tidak faham
:-?

TakSangkaYer ... :-t
.

Khamis, 1 September 2016

Laka Laka Plak

.
 

tetiba aku tertarik nak meroyan
kat ruangan aku ni
maklumlah ruangan ni pun
dah ala ala
sendu gak

tak tahu macam kamu boleh berfikiran begitu
tapi bagi aku
satu sajhe
bawa bawalah bercampur masyarakat
jangan hanya duk dalam
golongan atau level kamu
sahje

sebab bila kamu tidak campur
masyarakat
tidak berkawan dengan semua
peringkat taraf hidup masyarakat
ini lah akhirnya

kamu
meroyan tidak puas hati
membebel tanpa fakta
keluar statement apa apa ntah
sehingga terserlah kekurangan
kecerdikan kamu itu

ntahlah
bagi aku
pastinya mereka mereka sudah
melakukan kajian terperinci
sebelum mengeluarkan
statistik
kan

tapi tulah
seperti dibilang
sekiranya kamu tidak bergaul
dengan others masyarakat
mana kamu tahu
kamu cuma nampak
pekara pekara biasa disekeliling
kamu
pekara pekara sama taraf
dengan gaya hidup kamu
betul tidak

ntahlahh
aku bebel bebel
lebih lebih pun bukan dapat apa
cuma aku ni pun
sajhe sajhe meroyan
coz
tetiba dapat idea
untuk kembali
mengactivekan
ruangan ku ini

andai ada yang tidak boleh menerima
terpulang
negara demokrasi maa
kita berhak memilih
eehhhh !!

PEACE :)

TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 12 Ogos 2016

Lucu Kekadangnya

.
 
serius aku boleh katakan
kekadang kelakar
kekadang tak paham
sebenarnya
apa yang mereka mahu
apa yang orang kita inginkan

bila atlit kita gagal
dicaci maki bagai semua keluar
siap compare dengan
negara negara lain
kita bila lagi
kita  bila lagi

tapi bila dah berjaya
kerajaan bagi habuan
kita pertikai
kita tak puas hati
kita compare dengan
kerjaya kita
jadinya
apa yang orang kita mahu

kekadang lucu juga
depa depa ni semua
atau kamu hanya ingin buat
statement
agar statement kamu
VIRAL
kamu memang suka VIRAL
yang duk share pun
tak fikir
seronok mengVIRAL

ingat
bagi aku
pada yang share bagai tu
pandangan aku ada dua
sama ada positive ataupun negative
terpulang pada pada pekara
yang diVIRALkan
itu pada aku
so kalau thinking
NEGATIVE
tak ke malu kita yang
mengVIRALkan ni

ntahlah
udah udahlah
aku ni pun
beria ia sembang ni pun
bukan ada yang kisah kan
hahahahha

PEACE :)

TakSangakYer .. :-t
.

Isnin, 8 Ogos 2016

Bukan Membantah ...

.
 

sebelum memulakan kata kata
thanks and credit pic tu Artortoise
for this illustration

jelas kan tak semua orang bash issue
because kita terlalu taksub pada game ini
tapi ini antara satu contoh
di mana ada pekara lebih penting
untuk diketengahkan
as aku pernah kongsikan before this
why this issue hanya di alam maya
tidak menyeluruh
itu antara issue berbangkit
belum lagi issue issue lain
 yang rasanya lebih penting
dari issue Pokemon ni
adakah ianya kerana

TRENDING
VIRAL

ntahlah
dan aku berani kata
ramai yang mendowload pun
bukan benar benar tegar game POKEMON pun
just nak nengok apa yang ada
ntah ntah character dalam games tu pun
depa tak kenal
orang kata yang dilarang itulah depa buat
betul tak

ntahlah
sembang lebih pun bukan ada orang kisah
but
tu lahhh banyak lagi benda penting yang boleh
dibincangkan
dari issue remeh ini
PEACE
:)

TakSangkaYer ;-t
.

Jumaat, 5 Ogos 2016

Kebetulan Maybe

.
 

bagaikan satu kebetulan
topic perbualan sama
walaupun secara maya
mahupun secara nyata
lalu membuatkan aku tertanya tanya
untuk apa
kenapa perlu
apa faedahnya
udah udahlah
bersyukur pada apa yang kita
miliki
itu lebih bermakna
cuba sesekali sebelum
berkata kata
fikir keadaan sekeliling kita
mungkin itu kelebihan kita
tidak pada orang lain
mungkin itu bahagian kita
tidak pada orang lain
the best part what i can say
cuba sesekali ko bergaul dengan
semua lapisan masyarakat
jangan hanya duk
dalam golongan kamu saja
di situ baru kamu reti
erti kehidupan sebenar
INSYAALLAH

:)

TakSangkaYer ... ;-t
.

Rabu, 3 Ogos 2016

Fikirkanlah

.
 

kekadang kau semakin risau 
dengan kehidupan mendatang
lately
satu persatu berita berita
mengenai kecederaan
terhadap seorang murid
yang dilakukan oleh seorang pendidik
dan ianya lebih sedih
bila seorang pendidik itu
seorang pendidik agama
imagine
anak anak kecil
yang masih dalam proses pembelajaran
diperlakukan sedemikian rupa
SEDIH dan RISAU
apakah lesen yang mereka gunakan
untuk melakukan pekara tersebut
 
ya
aku risau kerana
aku pun mempunyai seorang anak (buat masa ini)
imagine kalau
ibu bapa sendiri pun
tidak pernah melakukan
pekara sedemikian rupa
tetiba ianya terjadi pada permata hati mereka

tolonglah jangan nak bohong
mustahil
tiada sedikit pun rasa amarah kita
bila melihat pekara sedemikian rupa
walaupun bukan berlaku pada zuriat kita

ya
pastinya ada yang bercerita tentang pengalaman mereka
kau akan terbaca pekara ini
ya
pastinya mereka akan berkata cuba berada di tempat mereka (pendidik)
kau akan terbaca backup backup golongan ini
tapi
tapi
pada mereka yang mempunyai naluri ibu bapa
kau rasa apa

tolonglah
sekiranya tidak mampu menjadi pendidik
janganlah sesekali menyebabkan mereka mereka ini mangsa

aku tahu
kerjaya pendidik ni pun
bukan pilihan utama kalian
betul tak

sekiranya salah
cuba kaji adakah si pelaku itu
benar benar ingin menjadi pendidik
atau
hanya pilihan terakhir setelah
gagal mendapatkan kerjaya
pilihan mereka
fikir fikirkanlah

KEHIDUPAN SEMAKIN MENAKUTKAN

TakSangkaYer ... :-t
.

Selasa, 25 Ogos 2015

Ssshhhh !!!

.

lebih baik diam dari berkata kata
lihat saja apa kata mereka
bila tiba satu ketika
ianya akan bertukar rupa
maka haruslah
berjaga jaga


TakSangkaYer .. :-t
.

Khamis, 25 Julai 2013

Cuba Try Test Bottle Opener

.
kali ni aku nak sharing satu citer ... idea ni tetiba hadir bila osmate aku si Khai tanya ... apa kata kita cuba try test guna Bottle Opener yang kita ada ... hemmm aku time pada mulanya cakap a'ah kita try yang dia belikan untuk aku yang I Love HK tu ...

so ntah apa mimpi kitorang pun gi lahh beli air Soya Vsoy tu ... yang memang kalau nak buka kena guna bottle opener ... ni bukan jenis botol yang leh pusing macam tu ... :P

so time si Khai nak buka ... dia pun gunalah FM HK aku tu ... hehehehe then berjaya ... tapi bila time aku ... dengan slumbernya aku mengguna bottle opener seperti gambar di bawah ni :-SS


hammmbikkk ... bottle opener Hard Rock Cafe wokkehhh .. siap aku guna yang JAKARTA mari lagi ... ialahh Jakarta punya kan tengah rare coz skrang HRC Jakarta dah tutup ... aku plak slumber guna kan ... siap si Khai boleh kata ... tak risau patah ker ... atleast kalau pakai KL punya boleh gi beli lagi ... hehehehe ;))

tapi alhamdulillah ... ianya memang dicipta sebagai pembuka botol makanya ... berjaya lah botol itu dibukan dan pembuka botol tu still chantek tertarik gitu ... =))

gitulahhhh kisahnya ... terguna juga FM Bottle opener tu akhirnya ... mulalah kitorang duk mengarut esok nak beli air lain guna pembuka dari HRC lain plak ... hahahah dah jangan nak ngengada ... gi buka guna pembuka botol kat dapur sana ... :P

oklahh macam biasa stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 23 Disember 2011

ngiarkkk

.
tadi first time dalam hidup aku ... aku gi duk lakukan something pada rambut aku ... kalau setakat gunting tak yah citer lahh ni aku gi IRON rambut aku ... hahahaha giler lahhh ni semua gara gara dinner ... :P

hahahahah .... bila dah siap ... apa yang aku leh katakan ... memang aku tak akan buat rebounding lahhh jawapnyer ... coz iron jer pun aku dah rasa weird giler rambut aku ... ni nasib bila aku mandi rambut aku kembali normal ... kalau tidak confirm aku botakkan rambut aku hahahha :P

gitulahh kekdah nyer ... nak up gambar dah siap pun aku tak rela hahahahah apa apa pun stayTuned for next entry dari aku ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Ahad, 11 Disember 2011

Oh Tidak .... !!

.
akhirnya ntah apa mimpi aku ... tetiba aku decide nak potong rambutku yang dah panjang ni ... serius ... SEDIH :(

imagine ... time aku sebut jer nak pendekkan rambut aku tu ... tukang gunting tu boleh kata ... SERIUS ker ... dan paling membuatkan aku touching bila ada seorang brother yang time tu turut memotong rambut dia berkata ...

" Dah fikir masak masak ker bro ... Tak sayang ker ... lama tu simpan ... "

perhh macam nak menitis air mata aku ... tapi tidak air peluh aku yang menitik menanti mata gunting yang bakal meratah rambutku ala ala memotong sayur sayuran ... :(

akhirnya ... pendek sudah rambutku ... apa adakah rambut aku macam di atas ni ... hahahha memang tidak lahh ... masih belum tiba masanya untuk pendek sebegitu rupa ... nanti one day ... bila terbuka hati ini untuk memendekkan rambutku ke tahap itu :D

TakSangkaYer ... :-t
.

Selasa, 6 September 2011

yuuuuhuuuuuuuuu ..........

.
YuuuuHuuuuu .... lama dah aku bercuti dari memblogkan diri .... kena plak naik naik ni kerja ala ala macam zombie kampung pisang gitu ... oklahhh apa apa aku akan cuba untuk kembali aktif memblogkan diri dan sharing citer citer yang hampeh sehampeh hampehnyer ... hahahhahaha

so sebagai permulaan ... ayok kita peningkan kepala hotak kita semua ... dengan baca statement yang aku sediakan ni .... jom ..... :D
7H15 M3554G3 53RV35 7O PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG5! 1MPR3551V3 7H1NG5! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 WA5 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 LIN3 Y0UR M1ND 1S R34D1NG 17 4U70M471C4LLY W17H0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17, B3 PROUD! 0NLY C3R741N P30PL3 C4N R3AD 7H15. R3 P057 1F U C4N R34D 7H15
amacam .... hahahahhaha apa apa pun selamat mencuba ...... ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 5 Ogos 2011

tiada tajuk

.

sukar untuk mempercayai
tapi itulah rialiti
benar kata pepatah
beribu wajah yang kau ketemui
berjuta pula ragam
yang akan kau hadapi

luaran
nampak sungguh indah
suci murni
tapi sebaliknya
hitam
sebenarnya

sukar untuk mengatakan
semua ini dugaan
kadang kala
hampir tersilap percaturan
mudah kesian
apakan daya
lama kelamaan
wujud kebencian

untuk mengikut
rentak perjalanan
memang tidak ada dalam
pendirian

akan
ku cuba lakukan
hingga menitiskan
air mata
penyesalan

- BRING IT -



TakSangkaYer :-t
.

Selasa, 26 Julai 2011

first experience kat TuneHotel

.
continue memblogkan diri lagi ... kali nak sharing citer pasal first time aku duk kat hotel Tune ... ala hotel yang ala ala 5 stars sleeping at 1 star price ... hemmm ye ke .... hahahhaha ni pun aku ngan housemate aku si Khai plan ingin cuba ... so memasing book one room memasing volleh ... :P


so apa yang aku leh katakan ... ya ... hotel ni amat selesa ok ... dan layanan yang diberikan amat menyenangkan hati ... as semua tahu ... kalau kita mahukan tuala bagai ... kita kena plus extra money untuknya ... hehehehhe dan if kalian inginkan tv or wifi pun kalian kena plus extra money ... begitu juga dengan aircond ... cuma diberi only 12jam saja ... if mahu lebih sila tambah extra money ... perhhh nasib ada kipas ... :P

so untuk aku yang tak kisah sangat pasal tv or wifi ... so aku tak amik package ni ... lagi pun aku mai nak jejalan ... bukan lepak hotel layan tv ... kalau wifi tu ... motip lahh sangatkan phone memasing dah ada line internet ... so apakah ... tapi member aku si Khai dia amik ... maybe dia nak menonton tv channel sarawak kot ... tp bagus gak ... time aku nak nengok tv aku ke bilik dia lepak layan tv ... tapi tak gak ... sebab bila kat bilik normally aku akan relax and terlelap dibuai mimpi bersama puteri bumi kenyalang .... :D

so pada aku ... kira aku puas hati lahhh cuma ada gak yang aku kureng sikit lahh terhadap Tune Hotel ni ... first plug ... hanya ada satu ... tak pasal pasal aku kena beli xtention untuk aku charging 3 barang aku .... 2 phone satu camera ... :( dan paling aku rasa tak selesa ialah pintu jamban dia ... tapi kalau duduk sorang aku tak heran lahh ... coz duduk sorang kan ... tapi cuba imagine duduk berdua or lebih dari sorang ... dengan pintu jamban yang transparent gitu ... perhhhhh amatlah tidak sesuai ... :-SS

so apa apa pun ... thanx pada semua warga TuneHotel yang bertugas untuk memastikan bilik aku sentiasa bersih sepanjang aku menginap di sana hari tu .... thanks a lot .... adakah aku akan menginap di situ again ... hemmmm akan dipertimbangkan ... dan maybe 85% tak kot .... hahahahhaha :P

so gitulahhh kekdahnyer ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Sabtu, 11 Jun 2011

what can i do

.
setahun setengah
hemm
ya
setahun setengah
ok
aku cuba
menyembunyikannya
akhirnya
satu demi satu
kedapatan

apakan daya
bukan dalam kawalanku
cuma
apa ku harap
tidak keseluruhan
akan
mengetahui
pekara ini

tapi
aku memang sudah
menjangkakannya
sebab bukan mudah
untuk
menyembunyikannya

COOL
RELAX

buat macam biasa
sudehh

apaadahal

KOMA

TakSangkaYer ... :-t
.

Rabu, 11 Mei 2011

sejarah mungkin berulang ....

.
Sejauh mana mampu bertahan
Sampai bila harusku kekal
Setiap kali mereka bercerita
Tiada keputusan

Terasa diri disakiti
Meleburkan semangat diri
Bila aku kenangkan janji janji manisnya
Semua itu kusematkan

Andaiku turut rasa hati
Telah ku hantar surat berhenti
Tapi kesabaran lahir dari hati… mengatasi

Sejarah mungkin berulang
Kita tiada ganjaran
Oh sedihnya
terasa diri bagai dimainkan
oleh mereka yang tak berperasaan .....

Bekerja hingga larut malam
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
kehendakan pelanggan company

Ku bina semangat diri
untuk melupakan segalanya
senyuman hanya pada luaran
Tapi penuh dendam kesumat

Bila kita tiada
Baru mereka rasa
Betapa kita penting pada mereka ...

Sejarah mungkin berulang


- SENTAP -



* nak lebih feel kalau baca or nyanyi with alunan muzik lagu Sejarah Mungkin Berulan - NewBoyz ...
:D


TakSangkaYer ... :-t
.

Rabu, 8 Disember 2010

percubaan ......

.
apakahhh entry aku kali ni... percubaan apakah..... hahahhaha.... jom aku citer.... :P


kan aku ada citer time aku balik SouthParkz... aku ada gigih gi beli contact lenses kan.... so semalam.... malam.. time aku nak keluar dinner.... aku cubalahh try test... dengan niat nak biasakan diri.... so nanti time dinner tak terkial kial or rasa macam tak biasa kan....... ;))

so dijadikan citer.. semalamnyer tu... 20minit juga aku amik masa nak tenyeh benda tu kat mata aku.... mata belah kanan.. ok... relax jer... aku tenyeh... yang kiri ni agak fault lahhh plak.... kira yang belah kiri ni yang agak... melambatkan proses menenyeh ni.... :(

dah lahh aku macam worried... dan aku nak tanya lahh pada kalian.. yang memang expert pakai lenses ni kan... rasanya lenses ni dia ada kemungkinan tak terbalik pakai... mean dia melengkung salah.... :-SS

coz sepanjang malam tu... aku memang agak rasa tak berapa selesa time keluar... untuk belah kirinyer mata.... dah lahh slumber dekk jer.. aku tak bawa speck kan.... as backup... mana tau tup tup lenses aku jatuh ke... ialahh as aku mention tiba tiba dia melengku dan terkeluar... coz kemungkinan besar mungkin aku pakai terbalik... :P

tapi alhamdulillah... sepanjang malam tu.. aku selamat pergi dan balik..... balik umah cepat cepat aku buka lenses... nak cabut balik pun ala ala failed jer... tapi tak ada lahh sampai 20minit... ;))

so insyaALLAH aku kena biasakan juga... tapi tu lahh.. aku hanya akan pakai kalau aku keluar jejalan jer... untuk ke office... memang tak lahhh.... hehehe nama pun nak suprised time dinner kan... hahahahha so mana mungkin aku akan pakainya ke pejabat.... :)

so gitulahh kekdahnyer cerita percubaan aku untuk memakai contact lenses.... hahahha... rasanya aku memang bukan type orang memakai contact lenses.... imagine nak pakai pun amik masa sampai 20minit bagai... hahahhaha =))

so as usual... stayTuned for next entry dari aku yekk.... ;)

* sampai la ni... mata kiri aku rasa tak berapa best jer... adakah effect pada pemakaian contact lenses aku itu.... erkkkkkk :-?

TakSangkaYer... :-t
.

Selasa, 7 Disember 2010

audition chang kala ok .....

.
continue memblogkan diri.... kali ni nak citer pasal.... audition chang kala ok yang company aku anjurkan untuk dinner kitorang nanti... so pada perancangan awal.. nak buat sabtu lepas... tapi memandangkan sabtu tu tak jadi bekerja... so depa postpone buat audition tu isnin lepas around kul 4.30ptg.... :|

isnin tu.. actually aku tak tau why... aku still not in mood... depa tanya aku nak nyanyi lagu apa pun.. aku jawab tak tau... lagi pun ajk dinner ni yang memandai tepek nama aku konon wakil dari IT Department.... vollehh..... tapi bila dah petang.... bila dah tiba waktunyer... finally aku just turun jer... nengok.... perhhh ramai sehh yang mai...

geng IT pun beria turun konon nak bagi support dan dan jer kan... :-? finally... malas aku nak pikir... bila nama aku tup tup kena panggil... dammed.... so... ngan slumber jer.. time tu baru aku bagi tahu.. nak nyanyi lagu apa... volleh.... :P

amik ko... skali nengok screen... merah jer.. dah naik juling aku nengok monitor tu.... hahahah.. lirik confirm aku tak hafal sangat... tapi set karaoke ni pun... cap ayam.. mana nyer clip ntah dia rembat... lirik pelik melodi pun lain jer... hantam jer... aku nyanyi ikut suka jer.... :)) kira Suratan Atau Kebetulan lahhh kalau aku diselect untuk perform time dinner.... ;))

ntahlahh kan... bila dengar depa just nak 4 orang jer... memang tak payah mimpi lahh.. confirm tak dapat.... ngan ada yang nyanyi lagu Cek Mek Molek ngan gelekan depa pun dan terbaik... ngan lagu Bossanova dorang lagi.... so... kalau nyanyi lagu sedih memang confirm gagallah.... hahahahha =))

so result aku pun tak sure lagi.... siapa top 4 yang dapat... nanti insyaALLAH kalau ada beritanya aku update... heheheheh pada team IT jangan mengharap yer... saingan sangat hebat... xpecially dari team HR... Account dan Sale & Marketing department (kroni.... :P)

ntahlahhh kan..... tunnngggguuuuu jelahhhhh nanti... ye... so as usual.... stayTuned for next entry dari aku nanti yek.... ;)

TakSangkaYer...:-t
.

Ahad, 21 November 2010

mari menjawab soalan ...... :P

.
memandangkan kesengalan telah melanda diri ini hingga membuatkan aku mahu ajhe betukar menjadi zombie... tiba tiba aku mendapat idea mengarut untuk entry aku kali ni.... hahahhaha :))


memandangkan tak lama lagi pun... musim exam kan.... so apa kata pada sesiapa yang berminat sila menjawab soalan soalan dari aku... tak susah pun... jawapan semua ada dalam Hampeh Dot Com Zone... heheheheh... :P

pada mereka yang dah lama tinggalkan dunia peperiksaan... aku rasa ini lahh masanya untuk kalian cuba try test.... mengingat kembali cara cara menjawab soalan.... hehehehe... ntah apa apa jer aku ni kan.... apa jer... tak ada paksaan pun.... :)

di sini disertakan soalan soalan Peperiksaan Hampeh Dot Com Zone :

1. sudah berapa lama blog ini wujud ?

2. berapa hb aku mula begelar seorang pekerja ?

3. sampai sekarang ni aku dah bekerja di berapa company ?

4. siapakah yang aku minat ketika af 3 selain dari Amylea ? berikan 2 sajhe... :P

5. di manakah pertama kali aku mula tertarik dengan pernampilan Ana Raffali.... ?

6. berapa kali sudah aku ke event MASKARA anjuran Sindiket Soljah? tak kisah lahh MASKARA SHORTIES KE janji MASKARA ...:))

7. ketika AF 6 berlangsung .... berapa kali aku turun padang gi layan konsert secara LIVE ?

8. ketika event apa aku mula mengenali band PESAWAT ?

9. before aku join berblog under blogspot .... di manakah aku berblog ?

10. di event bowling siapakah team bowling aku menjadi juara ?

11. aku sokong siapa di OIAM 3 hahahahahah ?

12. JANDAKU yang selalu dicanang oleh diriku bermaksud ..... ?

13. siapakah president GIGIH FC ?

14. bila aku dapat bergambar ngan Yuna ?

15. siapakah pemenang² dalam cuba cari Aku ?

16. tournament bowling manakah first time aku mewakili EBIFC?

17. dalam entry cuba try test .... apakah yang aku cuba maksudkan dan entry tersebut ? ada 3 entry so jawapan ada 3 .... ;))

18. di manakah first time aku layan persembahan NIDJI ?

19. aku ke mana bersama mereka ini .... EnFaizal, CikLolly dan CikNano ?

20. soalan terakhir ..... Sila berikan Nama Penuh Aku seperti dalam MY KAD ... :P ?



:) Selamat Menjawab :)


look senang jer kan soalan soalan yang aku berikan.... cuba lahh jawab.... don't worry jawapan semua ada dalam blog ni.... maybe ada yang kena memerah otak .... membuat calculation .... buka buku rujukan ke .... hahahahha ;)) so amacam .. selamat menjawab ... sebelum tu ada tips... kat bawah ni... ni pun aku tanya pakcik google ... and finally jumpa macam menarik jer .... ;)

so seperti biasa.... stayTuned for next entry yang sememangnya hampeh dari Hampeh Dot Com Zone..... selamat semua...:)

KALAU ADA YANG INGIN MENJAWAB THRU EMAIL PUN BOLEH :

EMAILKAN JAWAPAN KE ......... KEMATZ@GMAIL.COM



* cubalah jawab... insyaALLAH ada hadiah menanti mereka yang menjawab semua soalan dengan tepat... nak tahu apa hadiah dia.... haruslahh SURPRISE...... :)

TakSangkaYer...:-t
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin