Isnin, 27 Februari 2012

melawat Kak Lisa

.
semalam ntah macam mana tetiba handphone aku terima whatsApp dari si Hadek ... plan gi melawat Kak Lisa yang dah lebih 2 minggu ok terlantar di Hospital Serdang ... so aku kebetulan semalam memang tak ada agenda so ON JAH :D

around kul 4.30petang aku sampai kat Hospital Serdang ... time tu si Hadek dah sampai dan roger no wad and no katil ... sampai jer ... selain Hadek si Zie ngan Hubby dia pun ada ...

bila dah jumpa Kak Lisa ... biasalahhh dari tak sihat pun aku rasa nampak Kak Lisa sihat macam biasa ... bersembang hanyam ketupat memang marvelous ... malatop ... tetap maintain ... so kitorang lepak lepak sambil ... kesian gak kat Kak Lisa ... ialah dah around 20 hari kot terlantar ... :(

so apa apa pun kitorang harap Kak Lisa cepat sembuh dah kembali seperti sedia kala ok ... ni tak sabar ni nak order kek ngan Kak Lisa ni ... wahhh dan dan jer aku kan ... mesti Kak Lisa dah lama tak tahan nak buat kek bagai kan ... heheheh :P

insyaALLAH ... ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Ahad, 26 Februari 2012

Pementasan Teater Ayah by Pesona Seni Kuala Lumpur

.
semalam aku berkesempatan menonton sebuah pementasan teater yang diadakan di Auditorium JKKN Kuala Lumpur Taman Budaya Jalan Tun HS Lee .. pementasan teater kali ini bertajuk AYAH yang dipersembahkan oleh Pesona Seni Kuala Lumpur ...

well aku tahu adanya teater ini haruslahh dari 2 member aku yang merupakan tonggak utama dalam pementasan ini iaitu Pyar dan Zaini ... so seperti dirancang ... aku bersama enAdam dan enIzman pun sepakat untuk gi menonton tanda sokongan kami kepada mereka wahhh gituuu ... :D

so pementasan ini menceritakan tentang kisah Badrul Budiman yang merupakan seorang jutawan dan mempunyai 4 orang anak hasil dari empat perkahwinan beliau ... setiap perkahwinan beliau dianugerahkan dengan seorang cahaya mata ...

setiap anak anak beliau amatlah membenci beliau ... bermula dengan Nurul Azian yang berdendam kerana telah ditinggalkan oleh Badrul Budiman sejak dilahirkan lagi ... walupaun apa yang dia ketahui ibu beliau amat menyanjung tinggi Badrul Budiman :|

Hendra Haikal pula anak kepada isteri kedua Badrul Budiman ... turut amat membenci ayahnya kerana telah memisahkan beliau dengan ibu beliau secara paksa ... dendam yang ada pada Hendra Haikal amat mendalam sehingga beliau tidak pula menghormati ayah beliau sendiri

Nurul Aziha merupakan seorang anak yang baik hati tetapi membenci ayahnya selepas ibunya mati dibunuh oleh ibu tirinya ... selain itu Nurul Aziha turut kecewa dengan tindakan ayahnya yang langsung tidak mempedulikan atau mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan oleh ibu tirinya ...

Amir Furkan plak merupakan anak Badrul yang terakhir yang telah dididik dan dibelai dengan penuh kasih sayang dan kemewahan sehingga membawa kepada kerosakan akhlak pada amir Furkan ...

di pementasan ini ... kita dapat melihat bagaimana tindakan dan penjelasan yang diberikan oleh Badrul Budiman terhadap segala persoalan yang timbul terhadap anak anak beliau sehingga tercetusnya dendam kesumat di hati anak anak beliau ... wow sungguh tragis ... :|

so setelah selesai menonton ... apa yang aku boleh katakan ... ini merupakan sebuah pementasan yang berjaya bermain dengan emosi masing masing ... setiap pelakon berjaya membawa watak masing masing sehingga tersentuh dihati ...

serius aku tak tau kenapa ... xpecially kisah NurulAziha ... lakonan mantap yang diberikan oleh Fatin Nasrin amat menghidupkan watak cerita ... sehingga membuatkan kitorang terpesona dan kusyuk serta ingin tahu kenapa dan mengapa semua itu berlaku ...

pada member aku si Pyar and Zaini ... congrats pada korang ... well Pyar lakonan ko semakin maju ok ... if tak silap aku ini kali ke3 aku menonton pementasan ko ... wow serius ada improvement ... dan ko memang amat sesuai ok dengan watak gituuu ... curtlassstt ko jahh :P

pada Zaini ... wow unexpected ko mampu membawa watak sebegini ... ingatkan ko hebat dengan watak watak drag jahh ... matilahh aku kena smack nanti ... but tahniah bro ko memang cool malam tu ... confirm ko lehhh menang award pelakon baru gitu ... seperti dalam dialog ko ... hahahahah :P

overall ... Persembahan Teater Ayah ini sememangnya MANTOP dan mempunyai pengisian ... dimana pada aku ... kita sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa sesuatu pekara itu harus dilakukan xpecially tentang didikan pada anak anak ... ia tidak semestinya apa yang kita fikirkan kita benar sememang benar sebenar benarnya bukan ... pasti ada terselindung sedikit yang tersirat disebalik kejadian ...

ehhh apa yang aku merapu ni ... hahahah tapi itu lahh aku memang puas hati ... dan sememangnya cukup seronok menonton persembahan Teater Ayah ini ... tahniah pada semua Crew and All Team Produksi yang telah menjayakan pementasan ini ... GREAT JOB :)

sebelum pulang ... haruslahhh berphoto bagai dengan 2 tonggak utama pementasan AYAH ni kan ... dengan siapa lagi kalau bukan dengan Pyar and Zaini ... next persembahan jangan lupa jemput weolss semua ok korang .... insyaALLAH kalau tak ada yang menghalang kitorang pasti turun bagi support :D

so begitulahh kekdahnya cerita kisah pementasan Teater Ayah by Pesona Seni Kuala Lumpur ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

* credit all photo to Pyar @ ShanazAhmad ... :)

TakSangkaYer ... :-t
.

Sabtu, 25 Februari 2012

Majlis Perkahwinan Ana Raffali & Naim - #ANAIM250212

.
Tadi aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan cikAnaRaffali kita ... ehh dan tak Cik lahh kan harus sekarang tukar pada PuanAnaRaffali ... :D Majlis bermula dari awal pagi if tak silap aku lahh .., bermula dengan Majlis Pertunangan kemudian majlis akad nikah diadakan ... dan seterusnya majlis perkahwinan berlangsung di Masjid Al Hidayah Taman Melawati Kuala Lumpur ... ;)


aku sampai ke majlis around kul 2 gitu ... mai bersama CikSue yang sudi teman aku heheheh dan kitorang lepak menunggu si Apu yang turut hadir pada majlis ini ... bila dah sampai time for makan ... around kul 2.30 petang macam pengantin dibawa untuk majlis makan beradab ;)

setelah selesai majlis makan beradab ... kitorang pun amik kesempatan bergambar besama pengantin ... dan setelah selesai sessi snap snap gambar ... akhirnya kitorang pun cargon meninggalkan majlis ;)

Di sini aku nak amik kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Ana & Naim ... semoga kalian berbahagia dan berkekalan hingga ke hujung nyawa .... SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KALIAN ... ANAIM 250212 :)

TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 24 Februari 2012

Bday CikSukaHati

.
tadi telah berlangsung satu kejutan celebrated bday untuk CikSukaHati ... idea benda ni hadir bila one day before this si Ena kawan pada CikSue kita ni buzz aku and plan benda ni ... so aku ON jah ... segala deal tempat telah dirancang ... tugas aku hanya untuk ajak CikSue keluar dinner jer ... ;)

setelah aku pickUp CikSue kita ni ... terus aku menuju ke HIYAKI Danau Kota ... time tu CikSue memang tak tau langsung planned kitorang ni ... sampai jer kedai ... SURPRISED ... dan tak pasal pasal satu tamparan hinggap kat bahu aku hahahahahah :P

so apa apa pun buat CikSue ... Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yer ... Semoga Sentiasa Sihat dan Sukses dalam apa jua yang dilakukan ... ohh lupa ... TakSangkaYer kita sebaya sudah =))

* credit photo to enShahril thru FB
;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Khamis, 23 Februari 2012

Need You Now cover by Boyce Avenue & Savannah Outen

.
tetiba feel plak layan lagu ni ... kena plak si Boyce Avenue yang cover ... dammed super awesome \:D/



"Boyce Avenue please do your Tour at Malaysia ... please !!! "
:D

TakSangkaYer ... :-t
.

Rabu, 22 Februari 2012

menonton Adnan Sempit 2

.
kembali memblogkan diri ... kali nak citer pasal movie yang aku baru jer lepas tonton malam tadi ... apa apa pun aku nak wish thanks a lot pada team Fans Club Shaheizy Sam kerana telah sponsor tiket untuk EnAdam dan seterusnya EnAdam sponsor aku plak hahahah apa aku bebel ni hahahah :P

so setelah aku menonton apa yang aku leh katakan ... OK ... aku lehh bagi rate 4 bintang dari 5 ... kira cerita ni bolehh lahh ko nak hilangkan stress selepas ko penat kerja ker apa kan ... untuk bergelak ketawa ... =))

this time more cerita pasal kisah mereka berempat jer ... kisah rempit memang tak ada sangat kalau ada pun orang kata ala ala selingan jer ... macam nak cukupkan slot jer pada aku ... kira kali ni memang more to macam mana Adnan nak jadi orang koprat macam mana si Nadia nak kena bersedia melakukan kerja kerja as isteri mithali ... :D

and tentang conflict cinta Wawa ngan Bobby ... yang turut diselitkan dengan watak by Angah dan Syuk Kump. Balas ... so andai kata ada yang nak nengok aksi race motor memang tak ada banyak lahh ... dan pada aku untuk kali ni tak perlu pun tak apa walaupun agak kelakar lahh kan cuma seperti diberitahu tadi hanya untuk memenuhi slot ajhe kot :P

so pada kalian yang ingin menonton sila lahh ke panggung untuk menonton yek ... :D

gitulahh kekdahnya untuk citer kali ni ... wahhh penuh condifent aku mengreview kali ni kan ... hahahahhaha SPOILLLLLLL ;)

TakSangkaYer... :-t
.

Selasa, 21 Februari 2012

Set Fire To The Rain cover by Boyce Avenue

.


tak tau kenapa
aku suka layan band ni
layan dan terus layan
\:D/

TakSangkaYer ...:-t

Sabtu, 18 Februari 2012

Live Your Life by Yuna

.



Find your lie, don’t hide from what you are
And rise before you fall,
And hope for something more
Live if you really want to
Live if you really want to
Live if you really want to

All my life, I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been star gazing
The sky is riding above me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose


Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to

All my life, my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose


Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to


Rabu, 15 Februari 2012

Jakarta Mari

.

just nak sharing
siang tadi colleague aku
beri
ole ole dari Jakarta
:D
tuu ... dia

Fridge Magnet Jakarta

Thanks to Kak Z & Aidil
walaupun
tak dapat FM HardRockCafe Jakarta
ni pun jadilahh
;)

TakSangkaYer :-t
.

Isnin, 13 Februari 2012

Sarimah Adzrina's Kitchen

.
tadi siang ... ntah macam mana time duk berFB tiba tiba boleh plak berbual pasal MeeUdang ngan si Adam ... so memandangkan aku kena stayBack coz ada benda yang aku kena uruskan so aku duk pikir nak lepak minum dulu before sambung balik buat kerja and finally decide nak try MeeUdang kat Sarimah Adzrina's Kitchen yang terletak kat Seksyen13 Shah Alam :D


selain ngan Din ... aku turut roger si Adam ... so kitorang sempatlah lepak lepak sembang sembang projek akan datang ... walla projek lah sangatkan hahahha sembang najis ada lahhh heheheh :P

walaupun pada mulanya niat di hati ingin pekene Mee Udang Banjir yang hebat diperkatakan oleh enAdam kita tentang keenakannya ... tak kesampaian kerana menu tersebut sudah habis ... curtlasstt ko jah baru around maghrib menu dah habis confirmed laku semacam kan ... after this harus lepas kul 5.30 terus terpacak kat kedai volleh ... =))

finally kitorang decide another menu yang agak menarik yang terdapat di situ :D


Bang Toyib's Koay Udang
[
menu yang diorder oleh Din ]


Nasi Goreng Gua Tempurung

curtlastt ko jahh ... last time aku ke Gua Tempurung tak ada plak aku perasan menu ni dan kerana namanya membuatkan aku tertarik untuk mengordernya ... setelah sampai aku dah kata ... ni nasi kicap ker apa ... tapi bila rasa ... more like Nasi Goreng Black Paper ... but rasa Nasi Goreng Gua Tempurung ni memang mantopp ... sehinggakan si enAdam duk ngecek aku nak order tapau ok ... tapi sayangnya ... dah habis ... dapur dah tutup order ... :(

pelik juga kan ... belum sampai kul 8 malam kedai dah nak tutup ... no wonder last time kitorang sampai kedai dah tutup ... maybe memang waktu perniagaan sampai around 8 to 8.30 malam kot ... ntah tak sure plak aku ... memandai jer aku propa kan :P

so if ada kalian yang nak try ... leh lahh ke sana ... and makesure mai around petang gitu ... aku maybe akan try mai lagi ... coz niat hati aku nak try Mee Udang Banjir masih lagi tak tercapai ok ... tapi bila ... ntahlahhh tunggu jer lahh ntry akan datang nanti yek ...:D

so as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Ahad, 12 Februari 2012

Siri Jejalan 2012 - Kuala Lumpur [Petaling Street - Central Market - Dataran Merdeka]

.
walla ... ada citer pasal Siri Jejalan 2012 lahh ... aikkk tapi awat ke pelik jejalan KualaLumpur ... hahahahha sajhe jer aku nak buat macam ni ... coz bagi aku KualaLumpur ni banyak tempat so boleh buat lagi ... so itu kena nantikan lahh yek ... :D

so actually idea ni mai ... time aku ngan housemate aku si Khai tengah lepak breakfast ... breakfast kat mana lagi kalau bukan Nasi Lemak Cikgu ... hehehehe biasalahh idea idea sembang najis sentiasa terkeluar time kitorang breakfast di sini ... :P

walau pada awalnya hanya ingin jejalan ke AmcorpMall and nak naik Putra ker CentralMarket ... tapi setelah mencari port parking kat area Putra yang kosong amat mengecewakan membuatkan aku terus pandu MyBooku ker IbuKota ... tapi still set niat nak ke Central Market ... heheheh ;)

finally ntah macam mana ... aku terus park kereta aku kat area Jalan Petaling ... hemmm area yang depan Tokong Cina ... ok if semua tak sure area mana di bawah ni gambar nyer heheheh :)

perasan tak ... Tokong Cina tu ... aku kalau nengok Tokong ni mesti aku ingat ada satu FM yang agak menarik berdasarkan Tokong ni yang dimiliki oleh kawan aku ... tapi aku kureng pasti siapa pemiliknya ... hahahha kalau ada kalian yang baca sila roger aku ... aku nak tau kat ner korang dapat FM tu ... hahahah

so dari situ ... kitorang dah mula dah snap snap picca ... dan meneruskan perjalanan kitorang ke Petaling Street ... tempat yang pada aku ... memang tidak sesuai untuk aku yang jenis sure tak sure nak membeli belah ok ... :|

sempat lagi ... pose depan pintu gerbang tu ... heheheh ... aku memang tak akan membeli kot kat sini .. so aku jalan jer ... sambil usha usha barang yang ada ... usha pun ala ala jer ... makesure sampai tak ditegur oleh peniaga nak beli ke tak ... serius ntah kenapa aku memang fobia kat sini hahahah :-SS

so jejalan finally sampailahh juga ke tempat yang memang aku nak gi ... hahahah itu diaaaa Pasar Seni atau Central Market ... yang gah since 1888 ... walla aku baru tau benda ni since 1888 lama tu wehhh ... tapi serius aku tak baca pun sejarah yang terdapat kat pintu masuk CM tu hehehehe :|

tapi apa yang aku pasti ... jap ... bila ye last time aku mai sini ... hemmm rasaya time aku layan event Hari Bintang Jatuh 09 - 3 Venus kot ... itupun 2009 ... amik skrang 2012 ... hemmm almost 3 tahun kan ... hahahah dan apa yang aku dapati memang banyak dah berubah ok ... :D

area luar pun siap dah ada gerai gerai macam at Petaling Street ... cuma kat sini more selesa lahh ko nak usha usha barang ... tak yah risau risau or fobia bagai ... kan hahahah ... nengok macam macam rupanya ada kat Central Market ni ... aku memang rambang matalahhh bila benda yang aku minat memang bersepah kat sini ... tinggal if ko ada cukup uwang ... grab jahhh apa yang ko nak hahahahh =))

dah jejalan ... finally decide nak teruskan jejalan ke Dataran Merdeka ... so gi lahh jejalan ke sana ... heheheh dari sepanjang perjalanan ... pelbagai pose kitorang buat dan sampai kat area Dataran Merdeka lagi lahhh ... tinggal nak guling guling macam tenggiling jer tak kesampaian ... hahahha kalau tak mesti meriah ok ;)

so bila dah puas meroyan kat area padang tu ... finally kitorang decide gerak semula ke kereta ... tapi sebelum tu singgah balik kat Central Market untuk sessi membeli apa yang kitorang nak ... hahahha tadi just usha usha ang buat calculation dulu ... perlu or tidak ... biasalahh kan ... dalam ekonomi yang tak berapa nak mengizinkan ni haruslahhh kena becarefull ... hahahha beria ... :P

so tup tup ... aku grab 5 FM ok matilahhhh kat mana nak tepek ni ... board confirmed dah penuh ok ... ni tambah lagi 5 lagi ... belum lagi if ada colleague aku yang gi obersea nak bagi lagi ... [
wahh berangan kalau lahh diorang belikan hahahah 8-> ]

begitulahhh kisah siri jejalan Kuala Lumpur aku ... yang hanya diplan ketika breakfast siang hari tadi .... hahahha tup tup jalan jer ... apa apa pun seronok gak benda yang dirancang last minutes ni ... confirmed jadi ... kalau dirancang mesti adakalanya tak berjaya dilaksanakan ... tapi tu lahhh poket kureng plak ... kalau tak mesti lagi davassss punya lahh hahahha =))

so as usual ... stayTuned for next entry dari aku ok ... ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Sabtu, 11 Februari 2012

pekena SOTO Sekysen 8 Shah Alam

.
serius ... citer ni last week nyer citer ... tapi baru laa ni aku up ... itupun lepas aku baru perasan ada gambar ni kat myBabyArch .. :P

so idea tetiba nak mencari SOTO time lunch time ... tapi ntah kenapa tetiba tak jadi ... aku lupa awat ... ialahh kalau aku update malam tu mesti aku ingat kenapa tak jadi ... hahahah vengong sangat =))

so habis office hour ... boleh plak hujan turun ngan lebat nyer membuatkan perut ko memang buat konsert METALICCA kekdahnya ... then pada aku ini kalau pekena sup or soto memang cara kan ... perhhh ...

jadinya bila sembang sama Din finally decide gi ke Kedai Soto Seksyen 8 Shah Alam ... bila dah sembang sembang macam ni si Fairus ngan adik dia pun mau join ... aku pun no hal lagi pun nanti nak masuk office balik ... ntah macam mana si kayu balak @ wahida boleh plak terpacak nak join gak ... so jalan jer lahh apa ada hal ... :)

sampai jer kat Kedai Soto Seksyen 8 tu jer ... terus order SOTO ... walla ... nengok gambar atas memang menyelerakan ... tapi tu lahh kuantiti dia agak sedikit membuatkan perut ku macam ala ala ada sikit lagi space nak diisi ... hehehehe ntah mcam mana si Fairus ngan si Adik dia boleh order CharKuehTiaw so time ngecek ngecek tu ... perhhh cara gak kalau order .... tup tup terorder satu ... :D

tuuuu dia ... CharKuehTiaw Kerang ... memang marvelous ... aku cukup suka ok ... layan habis lahh makan ... so selesai jer melantak ... kitorang kembali ke office sambung kerja ... OT katanya gitu ... volleh ... tu pun time makan berkali kali phone berdering call berkali kali .... choii sangat ... :(

so gitulahh ... pada kalian yang nak cuba try test ... lehh gi ke Kedai Soto Seksyen 8 Shah ALam ... macam macam menu ada kat sini ... nasi campur dia pernuh lauk pauk dia ... belum lagi pelbagai bubur ... so if nak try ... redah jer ke sana ... dont worry kedai dia besar dan selesa ok ... if tak silap dah 4 pintu kedai dia concur [
serius last time aku mai tak silap 3 pintu jer hemmm :-? ]

as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 10 Februari 2012

Happy Birthday Neelofa

.
walla ... lupa plak nak sharing ... today apa yang aku dapat tahu ialahh hari ni hari ulang tahun kelahiran si Juara Dewi Remaja 2010 ... Cik Noor Neelofa ... :D

credit phote to SenseofViewsPhotography

so actually time aku layan movie Azura 2012 baru baru ni kat MBO SpaceU8, telah diadakan majlis sambutan ulang tahun si Lofa ni ... so ada lahh beberapa keping gambar yang disnap ;) [
gambar kat bawah ni pun hasil dari SenseOfViewsPhotography nyer photographer ... :D ]

apa apa pun ... aku nak amik kesempatan nak ucapkan Selamat Menyambut UlangTahun Kelahiran buat Cik Noor Neelofa ... semoga sentiasa sihat dan sukses dalam apa jua yang dilakukan .... :)

opsss sempat gak aku berpose bersama juara dewi remaja ni .... walla super auuuuummmmmmmm ok .... =)) apa apa pun Happy Birthday Lofa ;)

TakSangkaYer .... :-t
.

Khamis, 9 Februari 2012

terpaksa

.
hari ni finally aku punya pc yang aku selalu guna buat kerja seharian aku di AntaraBandar telah dirampas ... cehhh wahhh dirampas konon ... serius dorang amik pc aku dan telah memberikan aku laptop seperti gambar di bawah ini .... :|

apa yang aku lehh katakan .... hemmm terpaksa gak aku terima laptop ni ... serius dowh ... aku dah lama kot tak pakai laptop ... dan aku rasa kekkok kot pakai laptop skrang ... dengan keciknya .... memang akan bertambahlahh power kaca mata aku ni ...

ialahhh selama ni ko dah selesa guna PC ... tak payah pikir nak punggah bawa balik bagai kan ... tak payah nak pikir keselamatan PC bagai kan ... just tinggal jer if dah habis office hour ... but now ... hemmm nampak gayanya ... gini lahh kekdahnya .... :-?

ke mana mana bersama bag laptop ... nak tinggal kat office pun agak risau gak ... walaupun kalau ikutkan BILIK IT memang tak semua orang boleh masuk ... serius selama ni gi kerja ko berlenggang kangkong skrang dah kena mengusung laptop bagai ... ni ada yang aku lupa nak bawa laptop ni karang hahahah :P

tapi apa nak buat ... terpaksalahh terima ... lagipun dah arahan pihak atasan kan ... kalau ikutkan dari 3minggu lepas aku dah kena pakai tapi aku duk tangguh tangguh dan finally tinggal aku jer yang belum amik laptop aku ni hahahha so hari ni .... dengan rasminya aku memulakan kerja ku menggunakan laptop ini .... :D

* pelikkan ... ada orang beria merayu rayu sampai mengambil hak orang lain untuk mendapatkan laptop baru ... tapi aku yang layak ala ala tak nak terima jer .... macam macam hal hemmmmm ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Rabu, 8 Februari 2012

Azura 2012

.
tadi aku berkesempatan menonton citer Azura ... wow ... walaupun banyak review yang aku baca mengatakan cerita ni tak berapa nak kuat if nak compare dengan Azura version lama ... tapi aku gigihkan juga untuk gi menonton ... lagipun dapat tiket free kan ... so no big deal and tak lahh terasa sangat andai aku tak puas hati ... apa apa pun thanks pada si AdamArjuna kerana telah berikan one tiket movie ni ;)

aku ni kadang kadang bukan percaya sangat ngan review orang ... coz ialah citarasa masing masing kan ... mungkin tak kena ngan jiwa kau so sebab tu ko tak minat kan ... tapi bagi aku ... hemmm ... setelah selesai menonton apa yang aku lehh bagi rate untuk movie ni ... aku leh bagi 2.5 dari 5 bintang ... :|

serius ... aku cuba gak untuk menonton tanpa dibayangi ngan Azura versi lama ... tapi ialahhh still aku akan kaitkan ... coz sama jahh .. cuma ada twist beberapa part jer ... ialahh kalau 100% sama apa bezanya kan ... hahahah apa aku ngarut ni :P

another thing yang aku rasa membuatkan citer ni agak rasa choii ... bila ada beberapa babak yang aku rasa dah tak berapa nak kena dengan zaman sekarang ... heheheh ntahlahhh aku sebenarnya tak tahu actually movie ni cuba menunjukkan mereka di zaman bila pun aku tak pasti ... 90an .. 2000 ... 2012 ... serius sebab ada beberapa part yang aku rasa ehhhh ada lagi yekkk situasi tersebut =))

so ntahlahh malas nak sembang lebih movie ni pun dah tertayang ... tapi andaikata ada yang ingin pergi menonton ... tak salah ... tak adalahh hambar sangat citer dia ... siap ada lawak lawak tepi lagi ... dan aku rasa aku banyak gelak kot layan citer ni dari nak feel sedih ngiarkkkkk :P

cuma apa yang best tadi ialah aku menonton bersama Juara Dewi Remaja 2010 ... siapa lagi kalau bukan pelakon utama cerita Azura ni ... Neelofa ... ya ... kerna dia lahh aku gigih terima ajakan si AdamArjuna ni ... kalau tak mau aku fikir berpuluh puluh kali nak gi menonton movie ni ke tak ... hahahahha giler nyer statement tak bleh blahh :P

so gitulahhh kisah nyer yek ... as usual .. stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Selasa, 7 Februari 2012

Nasib Baik Aku .........

.
pernah tak korang perasan or ternampak comment berbunyi seperti ini:

"Nasib Baik Aku Tak Pergi"
"Nasib Baik Aku Tak Minat Benda Tu"
"Nasib Baik Aku Tak Makan Kat Situ"
"Nasib Baik Aku Tak Suka Minum Air Tu"
"Nasib Baik Aku Tak Minat Kumpul Benda Tu"
dan macam macam lagi ayat
" Nasib Baik Aku ...... "


persoalannya .... WHY .... WHY ko nak mention or comment like that ... serius dowhh ... actually aku pun tak amik port sangat dengan comment comment yang aku rasa choii dan hazab sangat orang tu kalau comment berbunyi begitu .... tapi entahlahh ...

dan ku sangkakan aku jer yang rasa hangin satu badan ngan comment comment macam tu ... rupanya ada juga member member aku yang turut tak berapa berkenan dengan comment macam tu .... serius dowhhh

oklah ... maybe tu hak korang untuk comment like that ... tapi nak juga tahu apa sebenarnya agenda korang tulis macam tu ... or just nak comment ... maybe .... coz benda ni aku selalu perhatikan antara yang mengoment tu pun bukan nyer tak pernah ... tapi looks like poyo ... serius dowh

antaranya issue RailCoffee Haram .... ramailahh yang kata nasib tak ke sana ... nasib tak minum or makan kat sana ... padahal before this ko nangis nangis hentak kaki nak try pekena juadah kat RailCoffee ... begitu juga MeatBall kat Ikea ... pun macam tu ... gak ... ntahlahh aku pun tak pasti ... [berdasarkan pengalaman]

dan yang terbaru yang membuatkan aku terus nak buat entry ni ialah ... bila aku baca satu artikel ni ... dan terus rasa hangin jer bila ada yang comment .... nasib baik saya tak minat .... tapi ada gak satu comment yang aku terus nak sebut FOCUS kat orang yang comment tu bila dia comment ... saya memang tak minat tapi kalau orang bagi saya amik .... serius FOCUS ok :|

ntahlahhh apa apa pun ... terpulanglahh ... mungkin kalian inginkan perhatian dari pembaca or friedlist tempat yang korang comment kot ... maybe ... apa apa pun ... terpulang ... if korang nak sharing or comment dipersilakan ... no heart feeling ... ehhhh motip aku kan ... hahahahha =))

TakSangkaYer ... :-t
.

Isnin, 6 Februari 2012

Restoran Chef Zubir : Laman Grill Steak & BarBQue

.
malam tadi aku ngan si Hadek sempat lepak makan kat Laman Grill Steak & Bar B Que kat Shah Alam ... actually idea ni memang mai dari si Hadek yang ajak lepak try makan kat sini ... so aku pun tak apa plan malam tu ON jah ... :D

gambar ni aku kidnap dari blog MUZA ... coz aku tak sempat nak snap gambar kedai heheheh :D

Restoran ni terletak kat area Seksyen 13 bersebelahan dengan PTPTL ... tu pada fikiran aku memang area situ ... tapi memandangkan si Hadek nak try dia punya GPS ... hambik ko ke mana mana jer dia gi ... aku rasa koordinat dia tu tak berapa nak betul kot ntahlahh :P

so abaikan ... finally kitorang sampai gak kat restoran ... dan apa yang aku lihat dammed ... full house ... so kena que tunggu tempat kosong ... kalau ikutkan hati aku ... nak jer gi ke kedai steak lain yang berhampiran di situ ... tapi bak kata Hadek ... dah mai jauh jauh siap sesat bagai ... harus gigih menunggu :P

alhamdulillah tak sampai 10 minit menunggu ada one family ni dah habis menikmati hidangan mereka ... so akhirnya kami dapat duk dan dapat merasa apa kelebihan menu di sini so kat bawah ni antara menu yang kitorang order :)

Sekadar Hiasan

Mushroom Soup
Muruku
Float RootBeer

Grill Chicken Spring [ if aku tak silap :P ]

The Laman New Version Marbled Chicken Chop
[si Hadek yang order]

so apa yang aku lehh katakan ... masakan kat sini oklahh not bad ... decoration hidangan pun cantik menarik tertarik ... tetiba aku macam feel ala ala makan master chef junior australia yang hidangkan siapa tu .... Isabella .... ngiarkkkk :P

selesai makan ... kitorang pun cargon pulang ke rumah ... ialahh nothing to do ... keluar lepak makan jer lahhh nak ajak lepak groupie lain semua ada hal ... tak apa maybe next time heheheh ohhh lupa nak mention ... malam tu aku dapat FM HardRock Cafe ... :P

makin bertambahlahhh FM HardRock Cafe aku ... apa apa pun Thanks to Hadek yang belikan time di gi jejalan ke Kota Singa ... I Likee ...

so gitulahh kisahnya kali ini ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

*
bila citer pasal FM ... aku kena beli Board FM baru lagi lahhh coz tak ada space dah nak letak FM FM HardRock Cafe aku .... :(

TakSangkaYer ... :-t
.

Ahad, 5 Februari 2012

Siri Jejalan - Pekan Ayer Hitam

.
memandangkan kitorang aku pulang ke Kota Lumpur pada malam hari ... after AJL katanya ... jadi aku berfikir bila lahhh aku nak bawa 2 tetamu ni gi jejalan ke Ayer Hitam ... Giler Tak bawa dorang ... dari Kota Lumpur lagi dorang dah beria nangis nangis nak ke sini ... so after aku drop abangNgah aku kat rumah ... kitorang terus shoot ke Ayer Hitam ... :D

pada awal plan kononnya ... nak gi lahh layan Tropikal Village ... itupun after aku layan gambar dalam FB anak buah aku si Nanee yang ada ke sana ngan geng geng dia ... nampak menarik dan macam dah update ... wahhh sini pun aku rasa dah berzaman aku tak mai ... hahahah last time form5 kot itu pun gi ngan cousin aku yang duk di Singapore :P

so bila sampai ... usha tiket masuk ... amik kau 10 hinggit sorang .... nak bawa kereta 5 hinggit ... jadi kitorang fikir 35 hinggit untuk pusing pusing dalam tu ... macam tak berbaloi ... so cancel ... jadi terus menuju ke pekan Ayer Hitam yang terdapat banyak kedai seramik bagai ni ... :)

jejalan ... ronda ronda ... nengok nengok apa yang patut ... well betul kata kak ngah aku ... before sampai beria nak beli macam macam ... bila sampai amik kau ... tak ada idea nak beli apa ... hahahahha aku lagi lahhh memang no idea ... nak cari tabung pun tak ada yang berkenan ... ada tu nampak menarik tabung Tong Gas ... tapi bapak besar beb ... hahahahha itu kalau letak kat office mau semua orang nak rembat hahahah =))

si pelancong 2 orang ni ... aku tak pasti dorang beli apa ... tapi rasanya ada gak barang dorang grab ... hehehehehe yang si Afni siap kata ... dia nak mai lagi sekali ke sini ... apa dia nak borong pun aku tak tau ... wow ... ini macam kena bawa lori ni ... si Afni kalau dah bershopping memang tak hingat dunia ... :-SS

ni antara aksi mereka tawar menawar nak beli bag ... finally tak beli ... hahahah aku pun tak tau kenapa ... beria cantik cantik ... last last tak jadi ... so bila dah settle pusing kitorang pun cargon ...

aku .. korang tanya aku ... apa aku usha kat situ selain tabung ... haruslahh FM .... hahah tapi sayangnya tak ada plak FM yang tertera nama Ayer Hitam ... dan paling tak bleh blah ada plak FM Cameron Highland kat situ ... apakah ... patutnya dorang kena ada jual atleast FM tertera Ayer Hitam ok ... tempat glamour ... harus orang nak simpan something jadikan kenangan ... :(

so selesai meroyan kat Ayer Hitam pulang ke rumah ... layan AJL then after AJL habis barulahhh kitorang pulang ke Kota Lumpur ... malam tu haruslahhh dinner kat umah abangNgah aku ... dan KakNgah aku ala ala pengganti mak aku bila aku pulang ke SouthParkz bab bab memasak ni ... :P

tuuu dia ... menu dinner kitorang malam tu ... yang penting ada AyamRoast ... amik memang favorite aku ok ... duk makan tak hingat ... itu pun still terpikir malam nak drive pulang ke Kota Lumpur ... kalau tak mau aku melantak sampai telengar kekenyangan hahahahha dan dan jer aku ni :P

so layan AJL sampai habis ... bila habis ajhe AJL so kitorang pun mulakan perjalanan pulang ke Kota Lumpur .... alhamdulillah ... kitorang selamat sampai ... dan everything semuanya ok ...

so begitulahh berakhirnya kisah pulang ke SouthParkZ yang bertujuan nak attend wedding ketua geng jer ... tapi memandangkan ada yang ikut ... so ada lahh jejalan nyer cerita ... hehehehe so as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin