Ahad, 7 Oktober 2012

Senapas

.
kembali memblogkan diri ... kali ni aku nak sharing pasal DVD yang aku milikki ... wahhh gituuu ... dan dvd yang aku katakan tu bertajuk SENAPAS :D


SENAPAS merupakan pementasan teater yang diadakan pada bulan Mei yang lalu ... kalau ikutkan aku ... memang ada plan nak gi ... tapi entah kenapa ntah tak jadi aku pun kurang pasti ... :-/

tapi bila time aku duk usha usha kat MerpatiJingga ... tup tup ada nampak ini DVD so apa lagi aku pun click add to cart wahhhh :D dan setelah aku selesai layan ... satu jer aku leh katakan ... MENYESAL AKU TAK GI LAYAN SECARA LIVE .... DAMMED ... :(

serius ... bagi aku pementasan kali ni memang mantop ok ... kehebatan Amerul Affendi dan Aznah Mohamed membuatkan ko kusyuk melayan persembahan mereka ... itu aku layan DVD ... kadang kadang terganggu dek gangguan member member ... [ kantoi aku layan dvd ni time office hour :-SS ] itu kalau layan secara live mesti lagi malatop ... 

"SENAPAS atau Sejarah Nasib Lepas mengisahkan Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka."

so sekiranya kalian ingin menonton or memiliki dvd ni leh lahh gi usha usha kat MerpatiJingga ok ... so gitulahh kekdahnya untuk entry kali ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ;)

** antara ayat yang aku gemar dalam pementasan tersebut berbunyi 

"kami memerlukan penyuluh bukan penghukum yang mengikut emosi" 

perhhhhh :D

TakSangkaYer ... :-t
.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin