.
sabtu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem indie arahan NamRon yang diadakan di The Actors Studio Lot 10 ... kalau tak silap aku actually filem ini pernah ditayangkan before this cuma aku jer yang tak berkesempatan untuk menontonnya heheheh so kali ini tidak lepaskan peluan ok :P
Jalan Pintas yang merupakan salah sebuah cerita tentang kehidupan dan tekanan hidup yang ditanggung oleh Bakar yang tengah serabut memikirkan keluarga di kampung dalam keadaan beliau yang tiada pekerjaan ... ohh sungguh sadis ok ...
sukar bayangkan bagaimana kalau kita tiada pekerjaaan dan kita merupakan orang yang diharapkan oleh keluarga ... maka lahirlah satu pepatah ADAKALANYA HARAPAN BERUBAH MENJADI BEBANAN ... hemmmm
dari segi keseluruhan jalan cerita memang ada pengisian cuma maybe negara kita masih belum bersedia untuk menerima filem seperti ini ... dari segi bahasa yang digunakan mungkin juga kurang sesuai untuk ditayangkan dipawagam ... tapi sebenarnya itulahh ayat rialiti kehidupan kita ... [ tetiba terpikir ada ker orang marah mencarut sebut dasarr arnab punya budak ... perhhh memang tipulahh kan :P ]
so pada aku jika ditanya berapa rate aku tentang JALAN PINTAS ni ... aku boleh berikan 4 daripada 5 bintang ... maybe aku suka cerita seperti ini ... tapi aku tidak pasti orang lain ... hehehehe so ini hanyalahh pendapat aku ... dan aku harap ianya akan dikeluarkan dalam bentuk DVD so aku lehh susun DVD Jalan Pintas ni sebaris dengan GEDEBE dan GADOH ... huhuhuhuhu :P
cuma apa yang aku lihat time aku menonton tu ... sambutan agak kureng sikit ... tak tau di mana kesilapannya ... promosi ker atau maybe memang tak dapat sambutan kalau cerita sebegini ditayangkan ... filem ini tidak seperti filem yang mengikut arus perdana ... maybe ... sebab kalau dilihat barisan pelakon ramai yang top ... hehehehe kecuali watak utama dia lahh :P
so sekiranya ada yang ingin menonton filem ini ... nantikan lahh maybe dorang akan tayangkan lagi ... cuma tak pasti bila dan di mana ... hehehehe :P
as usual stayTuned for next entry dari aku ok ... ;)
* wow time aku gi nonton tu SofeaJane pun ada sama menontonlahh ... rugi tak berpossing dengan dia :D
TakSangkaYer ... :-t
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan