.
kembali memblogkan diri ... dan kali ni aku nak sharing pasal buku or novel yang aku baru jer selesai baca ... well as aku mention kan previous previous entry aku ... yang aku ada dapat 2 novel from FIXI kan ... so now aku baru jer selesai baca novel ISTERI :D
ISTERI merupakan salah satu novel yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh FIXI untuk bacaan kita di sini ... ISTERI merupakan sebuah novel dari Indonesia dan ianya merupakan sebuah karya penulis genre Misteri No 1 di Indonesia iaitu S. MARA GD
ISTERI diambil sebagai tajuk untuk keluaran FIXI bagi menepati style FIXI yang sememangnya just menggunakan satu perkataan sahaja untuk novel novel keluaran mereka ... lalu tajuk asal bagi ISTERI adalah Misteri Dendam Seorang Isteri :D
ok ... setelah aku selesai mentelaah novel ISTERI ni ... apa yang aku leh katakan ... ianya menarik ... walaupun jika kita baca sinopsis kat belakang novel tu dorang menceritakan pasal watak Kapten Polis Kosasih dan Gozali bagai watak utama ... tapi rupanya watak mereka hanya muncul setelah hampir separuh ketebalan novel ini berlalu ... walla .. :D
dari segi penceritaan ... kisah kisah antara Yanis dan Alma serta kawan mereka dan skandal mereka dicerita dengan begitu teratur ... cuma bila part ending aku rasa macam ... lor itu jer ker ... dangggg ... umpama ending nyer ada satu penerangan apa sebenarnya yang belaku ... kalau ada yang jenis suka baca sedikit muka surat depan dan sedikit muka surat belakang ... pasti tak perlu tunggu lama dah tau jalan ceritanya ... :-?
so if ada kalian yang ingin tahu lebih lanjut why not kalian try grab buku ni di kedai buku yang berhampiran ... but dont go to POPULAR aku rasa kat sana agak sukar nak jumpa kot ... so dari korang buang masa ke sana ... baik korang order secara online jah ... heheheh wahh sempat lagi aku ni ... :P
jadi gitulah untuk entry aku kali ni ... maybe aku akan try habiskan bacaan untuk SUAMI plak ... if settle as usual akan aku sharing ngan kalian ya ... opss lupa ... if tanya rating ... bagi aku biasa biasa jer kali ni ... hemmm dari 5 aku bagi 2.9 ok tak ... ngiarkkkk :-SS
so stayTuned for next entry dari aku ;)
TakSangkaYer ... :-t
.
2 ulasan:
Saya adalah salah seorang yang suka baca sikit muka surat depan dan belakang. Tak boleh lah buat macamtu bila baca buku ni eh.
hehehehe .... nanti kalau dah terbaca chapter akhir tu terus dah tak feel nak baca yang tengah tengah heheheh :D
Catat Ulasan