Selasa, 10 Julai 2012

Teater Beng Hock

.
kembali memblogkan diri ... kali ni nak citer pasal aku gi layan pementasan Teater yang diadakan di KLPAC ... :D pementasan teater kali ni ialah mengisahkan kematian tragik Teoh Beng Hock ...

setelah selesai pementasan ni ... apa yang aku boleh katakan ... dari segi lakonan ... ofcoz aku seronok melihat lakonan mantap mereka yang terlibat seperti AmerulAffendi, AloyParadoks dan yang lain ... bagi aku mereka ni memang superb dalam pementasan teater ni ... :D

dari segi jalan cerita pementasan ni ... aku ada sedikit keconfusesan sedikit ... aku agak mushkil kenapa watak BengHock tidak ada suara hanya gerak geri dan mimip muka jer ... :-/ kat sini aku dapat rasakan umpama pementasan ni agak berat sebelah ... dan pada endingnya menunjukkan BengHock memang ditolak jatuh dari tingkat 14 bangunan MASALAM .. :-SS

actually aku pun sebenarnya tak tahu pun apa keputusan sebenar tentang kes ini ... bila kau google ada yang mengatakan TeohBengHock mati bukan kerana bunuh diri malah bukan juga ditolak jatuh ... so tak tau kenapa ... :-?

ntahlahhh ... dari segi sambutan penonton pada aku ... memang memberansangkan ... cuma aku adakalanya pelik juga ... kenapa ada segelintir penonton yang akan tergelak walaupun pada aku ketika itu bukannya pekara lawak ... dan ketika itu rasanya sesuatu yang serius ... dan dari segi sensitivity pun aku agak khuatir gak ... tapi apa nak buat ... dah itu yang dipersembahkan ... :|

jadi pada keseluruhan ... kalau nak ditanya pasal pementasan ni ... kira dari segi pelakon memang mantop lahhh ... cuma dari penceritaan tu aku kurang pasti adakah benar seperti yang dikatakan pementasan ini dilakukan berdasarkan laporan penyiasatan tentang kematian ni ... itu kita kurang pasti ... cuma pengarah dan penerbit yang lebih tahu ... aku ... apa yang ko hidangkan itu lahh yang aku nengok :-SS

so gitulahh kisahnya pasal teater Beng Hock ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin