Selasa, 1 November 2011

Jalan by Society

.
kembali memblogkan diri ... kali ni aku nak review sikit pasal album band Society ... if kalian perasan kat ntry Frijan yang aku publish ada menyatakan yang kitorang beli album band Society kan ... so kat sini aku nak sharing sikit pasal album tersebut :D

wallaa ... jarang aku review pasal album ni ... heheheh :))


band Society yang dianggotai oleh Daiyan Trisha dan Meor Yusof menampilkan lagu lagu berbentuk puitis dalam album mereka bertajuk JALAN ... sekiranya kalian memang pernah mendengar lagu lagu saudara Meor seperti Lagu Sofa Biru, Sama Antara Sesama [lagu lagu ni aku dengar time persembahan Meor di MASKARA 16] pastinya lagu dalam album Jalan ni boleh diterima kalian ... :)

dan yang menariknya lagu lagu yang terdapat dalam album ini ada yang disampaikan oleh Meor dan ada beberapa lagu yang dinyanyikan oleh gadis comel bernama Daiyan Trisha ... antara lagu lagu yang disampaikan oleh Daiyan ialah seperti Jalan dan Berani Bercinta :D

hampir keseluruhan lagu lagu dalam album Jalan ini dicipta oleh saudara Meor Yusof manakala lirik lirik nya pula dinukilan oleh pakar novelis yang terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Shamsiah Mohd Nor dan juga Jimade Shah Othman ... wow TakSangkaYer RAM pun turut berkebolehan menghasilkan lirik lagu ... Sutera Bidadari ... lagu yang aku rasa diadaptasi dari novel top beliau iaitu Sutera Bidadari ... dan lagu ini didendangkan oleh Saudara Meor Yusof .... =D>

tajuk lagu yang terdapat dapat album tersebut adalah seperti:

# JALAN
# EMAS BERTATAH PERMATA
# BERHIJRAHLAH
# CINTA SEKERAS LOGAM
# DI ALAM NYATA
# BERANI BERCINTA
# GERIMIS MALAM
# BENCANA
# DEMI SEBUAH PERJALANAN
# SUTERA BIDADARI

so if ada kalian yang berminat untuk mendapatkan album ini boleh lah dapatkan di kedai kedai muzik berhampiran dengan kalian ... sekiranya sukar untuk mendapatkannya jangan bimbang kalian boleh juga mendapatkannya melalui pembelian secara online dengan menghubungi mereka di page facebook mereka SOCIETY :D

so gitulah kekdahnya ... hope band Society akan sentiasa maju kehadapan ... pada kalian as usual ... stayTuned for next entry dari aku ok .... ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin