.
ok ... this time nak citer hari seterusnya aku berada di Tawau atau hari ketiga lah kan ... so pada siang hari nothing to do ... melainkan kitorang duk melepak kat rumah jer ... lagipun nak berjalan hari tu Jumaat ... time limited and malam nanti majlis pernikahan ... so decide lepak rumah jer ... :|
so around kul 3.30 macam tu kitorang dah gerak menuju ke Kampung Tanjung Batu Laut rumah pengantin perempuan ... siapa lagi kalau bukan si NoraChoii ehh salah NoraJoey ... :p lagi pun katanya around kul 5 dia dah start dimakeupkan ... so memandangkan si Adam merupakan OP untuk majlis ni so kena mai awal lahh kan ... starting amik gambar dari makeup katanya ... :P
sampai umah pengantin ... kelihatan pengantin perempuan tengah duk melepak berBBM bolehhh dengan tangan penuh dengan inai yang belum kering ... hahahha so lepak lepak borak borak sebelum tunggu dia bermula makeup ... time makeup dijalankan si Adam pun menjalankan tugasnya ...
ok pengantin perempuan telah pun selesai bersiap dengan makeup serta pakaian pernikahan beliau ... wallawehhh serius lain dari biasa ... memang kalau ko jalan kat bandar macam ni confirm aku tak perasan ko ni Norachoii hahahahah vollehhh :P so sebelum majlis bermula orang tak ramai lagi sempatlahh kitorang berpossing dulu ngan pengantin perempuan :P
motip si adik pengantin si Deqsue and KtCats ni pun menyentil nak berpossing sama ... hahahha tapi biasalahh siapa tak kenal dorang ni memang pantang nampak lensa camera terON confirm mereka dah bergedik posse bagai termasuk kakaknya itu ahahhah :D
so ikutkan perancangan malam tu selain majlis nikah ... bakal pengantin akan bertunang dahulu ... senang kan ... sekali jalan jer ... tak yah banyak banyak majlis ... hehehehe kira mereka ni just bertunang selama sejam lahh gitu lepas tu bernikah ... :P
dengan sekali Lafaz sahaja akhirnya mereka berdua Afiez & NoraJoey telah sah bergelar pasangan suami isteri ... Tahniah pada Afiez & NoraJoey ... diucapkan selamat melangkah ke dunia baru ... dengan harapan semoga tabah hadapi segala dugaan sepanjang bergelar suami isteri ini ... :)
selesai majlis pertunangan dan pernikahan mereka ... lepak lepak makan dulu ... bila semua dah settle kitorang pun bergerak pulang ... opss terlupa plak ... time turun ajhe dari rumah pengantin baru perasan rupanya kat bawah dorang adakan pertandingan permainan DOMINO ...
wallawehhh ramai gak yang turut serta dalam pertandingan ni ... mana tidak nya dengar khabar hadiahnya agak menarik kot ... katanya siapa menang dapat iphone tu ... wallawehhh kalau lahh aku reti main DOMINO ni confirm aku pun turut serta bertanding hahahhaha walaupun waktu time tu dah nak kul 12 malam ... [12 malam sana tidak sama dengan 12 malam sini]
so begitulahh kekdahnya cerita kali ni ... so cerita akan bersambung lagi ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)
* credit photo to SenseOfViews Photography
TakSangkaYer ... :-t
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan