Sabtu, 15 Mei 2010

semulia insani......

.
tiba tiba aku terbaca sebuah nukilan member aku ni... time tu... aku tengah buat kerja aku... dia duk menaip tak tau apa dia taip kat pc hadapan workstation aku... tup tup dia past kat aku... so aku sajhe nak sharingkan kat blog aku ni... memandangkan aku pun macam tak ada story nak citer kan... so... layan kan....

Semulia insani…

Pelita atau lilin meneranggi malam
Aku lebih rela memilih dia
Senang sentiasa menerangiku
Walau jerih perih pasti rela
Menjaga menemani saat suka duka
Ingin memberi hanya yang terbaik
Menatang kasih seminyak penuh
Lantera hati biar terluka
Asal permata hati beroleh bahagia...

Benarkah tanganmu mengoncang dunia
Dari buaian hingga mengenal dunia
Kaulah insan semulia insani
Yang sentiasa bertakhta diperdu kaseh
Corak putih hitam atau bermacam ragam
Kau telan sepahitnya jadam
Demi indah cerminan pandanganmu
Tulus mulus nawaitu kasehmu
Agar permata hatimu terus di gilap
Hingga jadikan aku adalah aku
Semulia insan pada pandangan mata hatimu....

Ibu,umie,mak,mom,mummy,atau apa pangillanpun
Aku mengenal erti kaseh bukan dari kekaseh
Hanya darimu insan yang mengenalkan aku
Erti duniawi jalanan hiraki pilihan sendiri
Andai bisa kutatang secermat pegangangan
Akan daku persembahkan semurni kaseh
Lalu ku semat erat di lubuk sanubarimu
Jasa baktimu meski seumur hidupku
Tiada terbalas meski dunia aku tukarkan
Hanya buat sang indah kau pelangi hidupku....

nukilan: AJAIAZRAI

so amacam.... actually ni aku memang copy paste dari file yang dia bagi kat aku untuk aku baca... so if ada ejaan yang rasa macam tak berapa nak betul... sila abaikan maybe ada sebab kenapa dia tulis macam tu... ala lagi pun ni bukan untuk paper Bahasa Melayu mahupun Sastera Sijil Pelajaran Malaysia kan... hahahha :)) apa aku melalut ni....

so kalau ada yang nak comment comment lahh yek... aku macam nak suruh jer dia perform kat depan orang ramai... mana tau dia ni ada bakat tersimpan ke... lehh suruh dia perform kat FRINJAN ke... or MASKARA ke... heheheh dan dan jer aku... ;)

so as usual stayTuned for next entry ok....

TakSangkaYer...:-t
.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin