Ahad, 7 Oktober 2012

Senapas

.
kembali memblogkan diri ... kali ni aku nak sharing pasal DVD yang aku milikki ... wahhh gituuu ... dan dvd yang aku katakan tu bertajuk SENAPAS :D


SENAPAS merupakan pementasan teater yang diadakan pada bulan Mei yang lalu ... kalau ikutkan aku ... memang ada plan nak gi ... tapi entah kenapa ntah tak jadi aku pun kurang pasti ... :-/

tapi bila time aku duk usha usha kat MerpatiJingga ... tup tup ada nampak ini DVD so apa lagi aku pun click add to cart wahhhh :D dan setelah aku selesai layan ... satu jer aku leh katakan ... MENYESAL AKU TAK GI LAYAN SECARA LIVE .... DAMMED ... :(

serius ... bagi aku pementasan kali ni memang mantop ok ... kehebatan Amerul Affendi dan Aznah Mohamed membuatkan ko kusyuk melayan persembahan mereka ... itu aku layan DVD ... kadang kadang terganggu dek gangguan member member ... [ kantoi aku layan dvd ni time office hour :-SS ] itu kalau layan secara live mesti lagi malatop ... 

"SENAPAS atau Sejarah Nasib Lepas mengisahkan Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka."

so sekiranya kalian ingin menonton or memiliki dvd ni leh lahh gi usha usha kat MerpatiJingga ok ... so gitulahh kekdahnya untuk entry kali ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ;)

** antara ayat yang aku gemar dalam pementasan tersebut berbunyi 

"kami memerlukan penyuluh bukan penghukum yang mengikut emosi" 

perhhhhh :D

TakSangkaYer ... :-t
.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Congrats Ayeen !!

.
tetiba dapat calling dari si Ayeen :-?


tak ada apa yang aku leh katakan melainkan Congratulation Ayeen ... Proud of you ... !! 


so jom layan gambar yang aku sharing ni .... :D







Congrats lagi Ayeen ... maman doakan kamu sentiasa sukses dalam apa jua yang kamu lakukan .... oppsss lupa plak thanks to SenseOfViews Photography sebab sudi snap snap gambar weols ... :D

so gitu lahh kekdahnya untuk entry kali ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ye ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 5 Oktober 2012

KontraDiksi

.
kembali memblogkan diri ... kali ni aku nak sharing pasal dvd yang aku baru grab baru baru ni ... so tajuk citernya Kotrandiksi sebuah filem gabungan arahan oleh Aloy Paradoks dan Nazri M Annuar ... :D


hemmm actually filem ni merupakan filem budget yang hanya menggunakan camera DSLR sajhe ... cool kan ... dan citer nya mengisahkan dua orang gadis yang berada dalam ruang kawasan dan persekitrann yang sama ...

mereka saling tahu antara satu sama lain cuma mereka tidak pernah cuba untuk lebih kenal lebih rapat ... Mira seorang pelukis yang sedang cuba untuk mencari pelalian manakala Fynn merupakan busker yang keliru dengan kehendaknya tetapi mempunyai keinginan yang kuat ... :D

so aku nak citer panjang pun macam tak berapa nak best kan ... so if korang nak tau citer selanjutnya korang bolehlah dapatkan dvd ni di event event yang ada jual dvd ni ... tak pun korang beli jer macam aku kat FIXI online shop ... hehehhe senang bayar then tunggu jer barang sampai ... tak pun korang usha kat sini Kontradiksi =))

so sebagai selingan aku tepek gak lahhh teaser untuk DVD ni ... so layankan jer lahh ye ;))


so gitulahh kekdahnya ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

tragedi oktober

.
dammed apakah entry aku kali ni ... tapi itulahh yang dinamakan entry tragedy october ... serius ... pekara yang tak diduga berlaku pada diriku ... tapi nak salahkan siapa ... salahkan diri sendiri kerana alpa ... bukan tidak pernah ada yang kena ... tapi itulahh walaupun hanya seketika ... tapi ingatlahhh yang terjadi tetap kan terjadi ... :|



tu dia ... mybooku dipecahkan cermin tingkap belakangnya ... bila ku tiba melihat aku hanya mampu terdiam dan telah ku agak camera yang ku bawa hilang ... dan setelah ku periksa semua hanya camera yang dorang rembat ... walaupun ada 2 bag bondaku turut dikeluarkan tapi mungkin satu berisi makanan dan satu lagi bermangga jadi mereka hanya tinggalkan sajhe dibelakang mybooku ... 

memandangkan hari kejadian merupakan hari gembira buat anakbuahku maka aku ambil keputusan terus hantar mybooku ke bengkel untuk pasang cermin baru ... kebetulan enAdam ada bersama aku jadi aku tinggalkan mybooku di bengkel dan gerak ke majlis konvokesyen anakbuahku di UM 

time tu memang aku lupakan seketika apa yang berlaku ... aku just focus pada hari gembira anakbuah aku jer ... bila semua dah selesai baru kufikirkan semula apa yang terjadi ... dan ketika aku ingin mendapatkan semua mybooku ... baru ku teringat akan passportku turut berada dalam bag camera yang kena rembat tu :-SS

dari aku malas nak membuat report apa yang terjadi ... akhirnya aku terpaksa juga membuat report ... dan alhamdulillah ... semua selesai tinggal aku untuk aku gi amik resit report saja yang terpaksa dilakukan diwaktu pejabat ... dan tinggal untuk aku buat passport baru ku semula yang aku google google process nyer agak leceh dan memerlukan time yang lama ... so tak leh lahh nak buat last last minutes time ko ada urusan baru nak buat kan ... nampak gaya kena awal awal lah passport tu ... karang lari planning aku mau gi merantau ke overseas hahahahah ;))

so gitulahh jadinya ... apa apa pun beringatlahh walaupun sekejap makesure jangan sesekali tinggalkan barang berharga yang mudah kelihatan di dalam kereta kamu .... so as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer .. :-t
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin