Memaparkan catatan dengan label Rumah Anak Teater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Anak Teater. Papar semua catatan

Isnin, 11 Februari 2013

Teater Senapas

.
memblogkan diri again ... hehehehe kali ni sharing pasal teater yang aku baru jer tonton baru baru ni ... teater yang aku maksudkan ialah Senapas hasil karya Khairunazwan Rodzy yang diadakan di Stor Teater DBP :)



actually pementasan ni sebenarnya aku telah pun lihat sebelum ni cuma lihat dengan cara menonton DVD seperti yang pernah aku sharing pada kalian dalam entry aku yang bertajuk SENAPAS :)

jadi setelah aku lihat pementasan ni ... aku tidak lahh nak comment sangat jalan penceritaan dia ... coz aku pun dah tahu jalan cerita dia macam mana ... hahahah sampaikan aku memang ternanti nanti ayat yang aku cukup suka dalam pementasan ni ... ;))

so apa yang aku leh katakan ... jika aku melakukan perbandingan dengan pementasan yang aku nengok before ni ... aku just leh kata ... Amerul Affendi lebih baik dari Hasbullah Boolat ... tapi tidak lahh teruk sangat penyampain Hasbullah ni ... cuma mungkin penyampaian Amerul lebih feel kot ... maybe :|

apa apa pun ... tahniah pada semua tenaga produksi Senapas kerana berjaya mementaskan pementasan ini ... GREAT JOB :)

jadinya gitulahh kisah untuk entry kali ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer .. :-t

.

Ahad, 7 Oktober 2012

Senapas

.
kembali memblogkan diri ... kali ni aku nak sharing pasal DVD yang aku milikki ... wahhh gituuu ... dan dvd yang aku katakan tu bertajuk SENAPAS :D


SENAPAS merupakan pementasan teater yang diadakan pada bulan Mei yang lalu ... kalau ikutkan aku ... memang ada plan nak gi ... tapi entah kenapa ntah tak jadi aku pun kurang pasti ... :-/

tapi bila time aku duk usha usha kat MerpatiJingga ... tup tup ada nampak ini DVD so apa lagi aku pun click add to cart wahhhh :D dan setelah aku selesai layan ... satu jer aku leh katakan ... MENYESAL AKU TAK GI LAYAN SECARA LIVE .... DAMMED ... :(

serius ... bagi aku pementasan kali ni memang mantop ok ... kehebatan Amerul Affendi dan Aznah Mohamed membuatkan ko kusyuk melayan persembahan mereka ... itu aku layan DVD ... kadang kadang terganggu dek gangguan member member ... [ kantoi aku layan dvd ni time office hour :-SS ] itu kalau layan secara live mesti lagi malatop ... 

"SENAPAS atau Sejarah Nasib Lepas mengisahkan Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka."

so sekiranya kalian ingin menonton or memiliki dvd ni leh lahh gi usha usha kat MerpatiJingga ok ... so gitulahh kekdahnya untuk entry kali ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ;)

** antara ayat yang aku gemar dalam pementasan tersebut berbunyi 

"kami memerlukan penyuluh bukan penghukum yang mengikut emosi" 

perhhhhh :D

TakSangkaYer ... :-t
.

Selasa, 10 Julai 2012

Teater Beng Hock

.
kembali memblogkan diri ... kali ni nak citer pasal aku gi layan pementasan Teater yang diadakan di KLPAC ... :D pementasan teater kali ni ialah mengisahkan kematian tragik Teoh Beng Hock ...

setelah selesai pementasan ni ... apa yang aku boleh katakan ... dari segi lakonan ... ofcoz aku seronok melihat lakonan mantap mereka yang terlibat seperti AmerulAffendi, AloyParadoks dan yang lain ... bagi aku mereka ni memang superb dalam pementasan teater ni ... :D

dari segi jalan cerita pementasan ni ... aku ada sedikit keconfusesan sedikit ... aku agak mushkil kenapa watak BengHock tidak ada suara hanya gerak geri dan mimip muka jer ... :-/ kat sini aku dapat rasakan umpama pementasan ni agak berat sebelah ... dan pada endingnya menunjukkan BengHock memang ditolak jatuh dari tingkat 14 bangunan MASALAM .. :-SS

actually aku pun sebenarnya tak tahu pun apa keputusan sebenar tentang kes ini ... bila kau google ada yang mengatakan TeohBengHock mati bukan kerana bunuh diri malah bukan juga ditolak jatuh ... so tak tau kenapa ... :-?

ntahlahhh ... dari segi sambutan penonton pada aku ... memang memberansangkan ... cuma aku adakalanya pelik juga ... kenapa ada segelintir penonton yang akan tergelak walaupun pada aku ketika itu bukannya pekara lawak ... dan ketika itu rasanya sesuatu yang serius ... dan dari segi sensitivity pun aku agak khuatir gak ... tapi apa nak buat ... dah itu yang dipersembahkan ... :|

jadi pada keseluruhan ... kalau nak ditanya pasal pementasan ni ... kira dari segi pelakon memang mantop lahhh ... cuma dari penceritaan tu aku kurang pasti adakah benar seperti yang dikatakan pementasan ini dilakukan berdasarkan laporan penyiasatan tentang kematian ni ... itu kita kurang pasti ... cuma pengarah dan penerbit yang lebih tahu ... aku ... apa yang ko hidangkan itu lahh yang aku nengok :-SS

so gitulahh kisahnya pasal teater Beng Hock ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Sabtu, 12 Mei 2012

Short Eyes DVD

.
lupa nak sharing cerita pasal time aku layan movie JALAN PINTAS aku ada membeli DVD ... heheheh dan DVD itu ialah dvd pementasan teater bertajuk Short Eyes ... :D


memandangkan dvd player aku di rumah ni dah jahanam maka aku membawa dvd ni ke opis untuk try test nengok boleh play or not ... sekali pasang tak pasal pasal aku terus layan sampai habis ... hahahahah boleh ...

actually bukannya aku tak pernah nengok pementasan ni ... aku tengok dah pun time pementasan dia last time ... maybe korang boleh jenguk kat entry sini ... cuma dalam dvd ni ada 3 kot watak yang dilakonkan oleh orang lain compare time pementasan secara live yang aku tonton ... heheheh tapi apa apa pun jalan cerita tetap sama ... maybe cara penyampaian jer berbeda ..

so if korang inginkan dvd ini ... silalah dapatkannya di RAT kot ... or tempat di mana ada pementasan teater or event yang dianjurkan oleh RAT ... :D aku masih mengharap kalau kalau ada dvd
Tylckoouns and Jalan Pintas ... sebagai koleksi peribadiku hhihihihihi :)

gitulah entry untuk kali ini ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Isnin, 7 Mei 2012

Jalan Pintas

.
sabtu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem indie arahan NamRon yang diadakan di The Actors Studio Lot 10 ... kalau tak silap aku actually filem ini pernah ditayangkan before this cuma aku jer yang tak berkesempatan untuk menontonnya heheheh so kali ini tidak lepaskan peluan ok :P


Jalan Pintas yang merupakan salah sebuah cerita tentang kehidupan dan tekanan hidup yang ditanggung oleh Bakar yang tengah serabut memikirkan keluarga di kampung dalam keadaan beliau yang tiada pekerjaan ... ohh sungguh sadis ok ...

sukar bayangkan bagaimana kalau kita tiada pekerjaaan dan kita merupakan orang yang diharapkan oleh keluarga ... maka lahirlah satu pepatah ADAKALANYA HARAPAN BERUBAH MENJADI BEBANAN ... hemmmm

dari segi keseluruhan jalan cerita memang ada pengisian cuma maybe negara kita masih belum bersedia untuk menerima filem seperti ini ... dari segi bahasa yang digunakan mungkin juga kurang sesuai untuk ditayangkan dipawagam ... tapi sebenarnya itulahh ayat rialiti kehidupan kita ... [ tetiba terpikir ada ker orang marah mencarut sebut dasarr arnab punya budak ... perhhh memang tipulahh kan :P ]

so pada aku jika ditanya berapa rate aku tentang JALAN PINTAS ni ... aku boleh berikan 4 daripada 5 bintang ... maybe aku suka cerita seperti ini ... tapi aku tidak pasti orang lain ... hehehehe so ini hanyalahh pendapat aku ... dan aku harap ianya akan dikeluarkan dalam bentuk DVD so aku lehh susun DVD Jalan Pintas ni sebaris dengan GEDEBE dan GADOH ... huhuhuhuhu :P

cuma apa yang aku lihat time aku menonton tu ... sambutan agak kureng sikit ... tak tau di mana kesilapannya ... promosi ker atau maybe memang tak dapat sambutan kalau cerita sebegini ditayangkan ... filem ini tidak seperti filem yang mengikut arus perdana ... maybe ... sebab kalau dilihat barisan pelakon ramai yang top ... hehehehe kecuali watak utama dia lahh :P

so sekiranya ada yang ingin menonton filem ini ... nantikan lahh maybe dorang akan tayangkan lagi ... cuma tak pasti bila dan di mana ... hehehehe :P

as usual stayTuned for next entry dari aku ok ... ;)

* wow time aku gi nonton tu SofeaJane pun ada sama menontonlahh ... rugi tak berpossing dengan dia :D

TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 9 Mac 2012

Bunohan

.
semalam aku berkesempatan menonton movie yang tengah hangat diperkatakan skrang ... movie yang telah banyak bertanding dalam Festival Movie di luar negara ... perhhhh tu dia ... BUNOHAN sebuah movie arahan oleh Dain Said pengarah yang telah mengarah filem DUKUN yang tak dapat ditayangkan ...

so setelah aku selesai menonton .... apa yang aku lehh bagi rate dari 5 bintang aku bagi 4 bintang ... pada aku ... cerita ni memang superb lahhh ... coz dah lama rasanya tak ada cerita yang cara penceritaan dia macam ni ... benda yang ko akan tertanya tanya ... ko kena berfikir dan memang kena focus lahh ...

tetiba bila aku nengok Bunohan aku teringat pada Filem Filem arahan Arwah Yasmin Ahmad ... dan terima kasih pada Dain Said kerana telah mempersembahkan sebuah movie yang sebegini ... dari segi pengambaran amatlahh menarik dan lain dari yang lain ... :D

lakonan mantap dari otai otai seperti Faizal Hussein, Zahiril, NamRon, Ameru, Bront, Sofi Jikan dan yang lain lain membuatkan cerita ni ada value tersendiri ... bravo semua ...

tapi dalam keseluruhan movie ni ... ada gak pada aku ... part part yang aku kurang mengerti ... apakah kaitannya dengan cerita ni ... kenapa perlu scene tu ... dan pada aku kalau tak ada scene tu ok kot ... gantikan ngan scene lain ... hehehehe tapi aku bukan pengarah ok ... tu terpulang lahh pada pengarah kan ... :P

tapi apa apa pun ... walaupun member aku still dalam keadaan blur bertanya macam macam kenapa dan mengapa ... aku still seronok layan movie yang sebegini ... terima kasih pada semua Crew Bunohan di atas penghasilan BUNOHAN yang mantap ... [
no wonder dicalonkan pada Festival Filem Luar Negara ]

so pada kalian yang ingin menonton ... apakata gi jer serang pawagam berhampiran dan saksikan BUNOHAN ... mungkin anda akan pening dan blur juga ... heheheheh aku ... ntah ntah akan gi menonton untuk kali kedua kot ... hehehehe ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Ahad, 20 Mac 2011

menonton Teater Short Eyes

.
last week on wednesday .... aku halfday ... coz aku ke KLIA untuk hantar orang tersayang yang ingin pulang ke negeri bawah bayu sehingga bulan puasa nanti ... erkkk sampai bulan puasa dorang balik ... ni yang gigih try google tix fly balik sana if ada murah murah untuk lepaking di rumah sana .... :P

ok dah bila aku halfday .... urusan KLIA pun dah settle around kul 5 aku dah kat umah dahh ... so tengah surfing suddengly terperasan plak event Teater Short Eyes ... dan kebetulan malam tu FULL DRESS REHEARSAL ... and aku pun ala ala tiada plan kan ... coz if aku kerja kemungkinan aku stayback hari tu ... :)

so mencari partner untuk gi layan ... and finally si Dean join aku ... so jumpa kat Studio Actors atas Lot 10 .... dammed ... time nak ke sana ... 45minits ok aku stuck just kat federal dari sunway ke PJ ... apakah ... terus ikut jalan lain menuju pusat bandar damansara sana and finally tak sampai 15minit aku dapat sampai kat area parking Sungai Wang ... [
aku memang tak tau nak masuk celah mana kalau park area LOT 10 :P]


sampai si Dean dah ada .. beli tix .. and around kul 8.30 malam ... pementasan pun dimulakan ...actually teater ni kali kedua dorang pentaskan ... and last year dorang pernah pentaskan tapi bukan kat Studio Actors .. rasanya kat studio area PJ ... dan time tu aku memang tak sempat nak gi layan akibat kerja yang banyak .... :(

so bermulanya pementasan beberapa actor aku macam kenal dan biasa nengok antaranya ofcoz lahh si Fared Ayam [mamat yang invite aku mai nengok teater ni], bro Nam Ron yang berganding bahu mengarah Short Eyes, selain Zahiril Adzim yang pada aku dapat menarik minat aweks aweks or follower beliau untuk hadir layan teater ni walaupun aku rasa depa bukan minat teater pun ... tapi tak apa .... mana tau lepas layan ni terus minatkan ;))

selain dari 3 actor tu turut menjayakan pementasan kali ini Taiyuddin, Eyzendy, Xavier Fong dan Khairil yang biasa aku tonton pementasan mereka .... but 2 yang baru aku rasa aku nengok ialah Kharunadzwan dan Naque .... maybe aku termissed or aku tak perasan ... but yang lain tu memang dah biasa nengok ....dan ada aku dengar suara si Amerul if tak silap dengar lahhh time Warden panggil nama tanya sel mana .... :)

apa yang aku difahamkan actually Short Eyes ni dilakonkan or dipentaskan semua berdasarkan citer or drama Short Eyes yang pada tahun 1974 di luar negara ... dan kali ini Fared & Nam Ron cuba untuk mementaskannyer dalam bahasa melayu .... if aku tak silap lahh .... :)

so setelah menonton .. apa yang aku boleh katakan .... mereka ni memang berjaya membawa watak watak mereka semua .... selute lahh seluruh team work Short Eyes ni .... well aku rasa tidak rugi untuk aku spent time aku mai redah jammed untuk layan pementasan ini ok.... serius talk :-B

kalau ditanya dari segi bahasa ... sememangnya totaly out dan offcoz kalau ditayangkan di televisyen sememangnya tidak lepas ok ... dan if ada yang bawah umur nak mai tonton pun rasanya tidak begitu digalakkan ... dan aku rasa memang ada pun had umur untuk menonton teater ni .... :P

oh if kalian ingin tau apa actually yang dorang nak cuba sampaikan ialah .. kehidupan dalam Sel Penjara diantara beberapa puak .... dan actually more tentang kehidupan di dunia ini ... dari segi kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan macam macam lagi ... so kira ada juga lahh pengajaran yang kita leh pelajari ...

so pada aku ... CONGRATULATION diucapkan pada team RUMAH ANAK TEATER dan pada Fared and Nam Rom kerana telah berjaya mementaskan sebuah pementasan yang berkesan ... di harap pementasan ini dapat diDVDkan agar aku dapat jadikan ianya antara koleksi peribadi ku ;))

bila citer pasa DVD time tu aku sempat gak .. grab 2 dvd yang dijual di pintu masuk Studio Actors ... yup tu dia ... GEDEBE dan Banduan Akhir Di Sel Akhir kedua duanye diarah oleh saudara Nam Rom .... nengoklahh if aku ada masa or idea akan aku cuba citer sikit apa kisahnye pasal 2 DVD tersebut .... :D

so gitulah ... kira puas gak lahh benda yang aku termissed last year kali ni dapat juga aku gi tonton .... dan aku rasa cukup puas hati ... gitulahh kekdahnyer citer entry aku kali ini ... as usual stayTuned for next entry dari aku ... ;)

TakSangkaYer .. :-t
.

Isnin, 1 Mac 2010

TANDA......

.
tiba tiba mood untuk memblogkan diri macam tiada.... tapi memandangkan ada beberapa aktiviti yang aku nak sharingkan aku kentalkan diri aku juga untuk memblogkan diri...

jumaat lepas... sempena cuti... Maulidul Rasul... aku berkesempatan melayan persembahan Teater yang menjadi kontroversi sehingga team teater ni kena halau dari tempat pesembahan mereka...

jadi... ia membuatkan aku teringin untuk melihat persembahan yang kononnya membawa kontroversi.... heheheh.. setelah planning baik punya.... selain aku turut sama... CikArina... dan Zie bersama hubbynyer.... kagum aku si Zie teringin nak join sekali (padahal dia salah info.... dan confident jer budget teater yang aku maksudkan teater ANTARA.... :P)

cradit photo http://www.tourismselangor.org

setelah kitorang selesai menonton apa yang ditunjukkan... pada mata aku tak ada apa pun yang kontroversi.... selain since lakonan menunjukkan gerak badan untuk menunjukkan cerita Seks Bebas jer kot.... yang pada aku dalam filem pun ada since macam tu... lagi lahh terselak selak bagai... heheheheh... :P

tapi dalam beberapa since yang dipersembahkan ada juga yang aku baru tau.... ada beberapa topic... terutama isu Persidangan Copenhagen serius aku memang tak amik tahu bab ni.... hahaha... :) dan ada isu pasal kiamat.... yang baru aku tahu.... taksangka aku... kira satu lagi knowledge yang boleh aku tambah.... hahahha....

pada keseluruhan aku memang seronok melayan persembahan mereka... pementasan mereka memang terbaik.... dan dengan pementasan diadakan di PJLA.... kat JayaOne.... memberi keselesaan pada hadirin yang mai menonton dan rasanya berbaloi spend rm30 untuk satu persembahan yang sememangnyer terbaik.... pada mata aku lahh.... :)

so diharapkan team Rumah Anak Teater akan terus menghasilkan lebih banyak lagi persembahan di masa datang.... insyaALLAH kalau tiada aral melintang akan ku mai menonton....

oklahh stayTuned for next entry...

TakSangkaYer... :-t
.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Teater Kompilasi Volume II

.
Teater kompilasi vol II under projek KoKEN sedang dipersembahkan di Stor DBP.... persembahan teater ini bermula dari 11 ogos dan akan berahir pada 16 ogos..... dengan setiap persembahan akan bermua pada pukul 8.30malam... kecuali pada 15 & 16 ogos... ada 2 kali permentasan.... iaitu kul 3petang dan 8.30mlam.... harga tiket rm20... wahh.. sempat aku buat promosi...

so nak dijadikan cerita.... aku sememangnya dah plan ngan partner berpoya poya aku si Sue vocalist MakTim the band..... untuk pergi menonton.... kitorang plan gi ke hari ke 2 pementasan... mean pada 12 ogos... kitorang sajhe malas nak gi firstday.... coz fikir.. mesti ramai dan sold out..... hehehehe....

selain aku ngan si Sue.... partner Sue dalam MakTim the Band.... si Arina pun join gak... hehehe.... dan aku sajhe try tanya si vocalist AirBands.... sama ada mau join kitorang atau tidak.. ialahh mana tau dia ni busy ada show ke kan.... sebab aku tau dia ni kipas susah mati si Zahiril Adzim or Bob... hehehhe.... dan dia pun on....

so... berjumpalahh kami berempat.... di depan pintu masuk stor DBP tu.... sementara tunggu pintu buka... kitorang duk melepak... berempat... seperti biasalahh... sessi sembang najis berlaku..... hahahha....

around kul 8.30malam macam tu.. pintu pun dibuka.. setelah diberi briefing oleh bro Fared Ayam.... tentang.... tatasusila yang patut kitorang patuhi dalam stor tu nanti.....

so aku ngan romi duk barisan depan sekali... kerana kebetulan ada 2 kekosongan.... coz senang untuk aku snappy gambar.... manakala band makTim duk 2nd row...

so layan lahh first punya cerita... yang bertajuk LEGASI....

LEGASI.... yang dilakonkan oleh Tai-yuddin @ Sallehudin.. Dira... Khairil... dan Nur Ameera... hemmm... mengisahkan.. tentang perjuangan guru dalam KMM.... sepasang suami isteri yang mana suaminya begitu extreme terhadap perjuangan... sehinggakan kerana perjuangan yang dianggap sia sia oleh kawannya mahupun isterinya... sehingga berlakunya putus sahabat dan penceraian.. hebatkan... kerana politik.... isteri tercinta diceraikan...

tapi citer ni memang betul pun... bukan mustahil... kerana politik.. kerana taksub sama itu party.... kerana perjuangan.... apa apa lehh berlaku.... perselisihan faham ideology.. tidak sebulu.... ada jer... hinggakan kebahagian sebuah keluarga pasti tercemar... wahh tiba tiba aku motif... emo apakah.... adakah aku menulis berdasarkan pengalaman.... oh abaikan....

selesai pementasan pertama... break 15minit.... so ada yang kluar lepak pekena nescafe tarik..... dan pekena sandwich yang tersedia dijual oleh pihak majlis... hehehehhe....

bagi aku and the gang.. kitorang lepak jer....

untuk pementasan kedua plak... bertajuk.... Naturalisasi... dalam citer ni plak yang dilakonkan oleh... Zahiril... Ameerul... dan Noris Ali..... juga mengisahkan perjuangan.... ketika zaman belajar.... dan percintaan.... percintaan sesama jenis... mahupun percintaan normal... yang akhirnya.... berkesudahan... masing masing dijangkiti... penyakit yang tiada penawar..... akibat cinta terlarang itu.....

hemmm so begitulahh endingnya.... persembahan 2 cerita itu... dan aku sunggu berpuas hati.... heheheheh.... tak banyak sangat aku snap gambar malam tu.... bukan apa... time briefing telah diberitahu... bukan tak boleh snap... tapi oleh kerana ada bunyik clik bagai... so aku snap ala kadar jer orang... janji ada lahhkan.. coz aku respect majlis... hehehehe...

kena plak ko duk sebelah orang yang tidak membawa camera... so mesti dia akan kata aku mengganggu focus dia... hehehe.. andaian aku jer tu....

so lepak lepak kat luar.. sempat lahh berborak ngan tuan director untuk citer
Naturalisasi si Fared Ayam dan pelakon utama citer tu Zahiril.... sembang sembang.. snap snap gambar... memang tipu lahh kan.. kalau ko tak bergambar.... hahahha...

opss.. lupa plak... malam tu sempat gak aku rembat kompilasi vol 1...

dan ketika aku memblogkan diri ni.. aku sudah pun habis layan... dan dalam dvd ni.. aku suka citer Tambat Kaki.... hehehehhe..... nak tau apa ada dalam ini dvd.. gi dapatkan kat depan pintu masuk Stor DBP... ketika pementasan Kompilasi Vol II ni....

so settle everything.. kitorang pun gerak.. perut lapar... finally decide lepak kat NasiLemak Stingarden kat Kg Baru..... lepak lepak... hanyam ketupat... finally balik lahh... apa lagi...

sempat aku snap gambar.... MakTim dan vocalist airbands ni... belatarbelakangkan.. menara kembar.... hehehehe... motif dorang ni posse... oohh... lupa... dorang mahu buat kolaborasi bersama untuk single baru dorang....

wOw.... hebat kan... dorang.... tajuk single baru dorang tu... "Makhluk Tuhan Paling Mencapap" perhh memang layan... dan dengar citer dorang akan buat tour... nanti... perform... kat MASKARA... Pekan Frinjan... Stor DBP.... Dewan Sivik MBPJ..... dan paling gempak dorang akan on air Isnin ni... dekat IMAHFM.... ahahhaha...

(
statement terakhir itu jangan sekali sekala cuba untuk mempecayainya... ok... malahh jangan juga sesekali diimaginekan.... hahhha.. kerana bimbang kalian akan terkena sympthom tidak boleh tidor malam nanti.... hahaha.. apa aku merapu ni... abaikan.....)

* tak dapat nak berborak ngan EN AZMAN... malam tu... kerana beliau tidak hadir.... baru ingat nak join kelas teater... walaupun nama kami berempat tiada dalam senarai pelajar yang kena hadir dalam kelas teater itu.... (statement berangan...)

TakSangkaYer...
.

Rabu, 8 Julai 2009

DvD GaDoH.....

.so.. if korang perasan dalam topic aku sebelum ni... aku ada mention yang aku beli dvd Gadoh... ya.. so kali ni aku bagi sedikit pendapat mengenai dvd ni... wahh.. ialahh aku nak review time depa tayangkan kat HELP institut hari tu... aku tak join.. so bila aku dah beli dvd ni kira lehh gak aku huraikan apa citer dalam dvd ni kan... hahahah...

so Gadoh.. korang semua tau kan.. salah satu cerita yang sememangnya tak ditayangkan di mana mana pawagam.... mahupun dvdnya pun turut tidak terdapat di mana mana speedy video mahupun jusco ataupun parkson... motif aku sebut jusco bagai... wakakakka...

cerita Gadoh ni mengisahkan kisah sekumpulan pelajar yang mempunyai masalah terhadap racist... ya... racist sangat.... melayu anti cina... cina anti melayu.... india jadi mangsa antara melayu dan cina.... erkkkk....

selain tu turun juga terselit... citer... macam mangsa buli dek kerana terlalu nerd orang kata... dan kisah terlalu ingin mengejar title sampaikan abaikan mereka yang ingin berjaya.... hemmmm....

pada aku cerita ni kira memang cukup memberi pengajaran dan membuatkan kita duk terfikir... ada kebenaran yang ingin disampaikan... kena plak barisan pelakon pun not bad seperti Namron.. dia ni memang nampak sangat sesuai melakonkan watak sebagai En Azman....

ntahlahh kan.. citer banyak pun tak guna.. kalau korang terjumpa dvd ni aku suggest... korang belilah.. tak rugi... coz cerita dia memang ada pengajaran dan ada kebenarannya.... hahahha.... entahlahh kan... pandangan masing masing... tapi aku memang mengharapkan cerita cerita macam ni akan banyak dilahirkan....

tak kisahlahh pun walaupun korang kena jual dvd ni kat gig gig ke... kan event event puisi ke.... akustik ke.... aku yakin mesti ada yang beli punya... so sebagai penutup aku tepek.... lahhh trailer filem ni.....



hemmm... gitulahh kan... so selamat menonton..... ye.... pada awek aweks selain Namron.... citer ni turut dibintangi oleh Zahiril Adzim hahahah... so apa lagi.. sila dapatkan DvD ini ye...

* lagu yang digunakan dalam filem ni best lahh... siapa tahu tajuk dan penyanyi lagu dalam filem ni....???

TakSangkaYe....
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin