Memaparkan catatan dengan label Daiyan Trisha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daiyan Trisha. Papar semua catatan

Selasa, 18 September 2012

Gerimis Malam by Society

.
time aku duk usha usha YT ... tup tup aku terjumpa clip video ni ... dammed ... :-SS



Gerimis malam menyapa bumi
Malu-malu menegur mu
Yang cemburu pada sunyi

Gerimis malam menemanimu
Dibawah cahaya neon
Dikasih yang bersembunyi

Sedang asyik memerhati
Si kunang-kunang
Yang sedang menari-nari
Yang leka menyanyi-menyanyi

Tika asyik melintasi selembar kenangan
Yang datang dari jauh


Merentap nubari

Gerimis malam akhirnya berhenti
Tatkala kau dan kunang-kunang pergi-pergi


TakSangkaYer ... :-t
.

Jumaat, 4 November 2011

Temubual Daiyan Trisha bersama BuaHMuLuT.CoM

.
ok last last entry kisah pasal Daiyan Trisha ada aku nyatakan pasal temubual kan ... kalau dalam entry lepas aku sharing video persembahan beliau yang aku sendiri captured ... now aku nak sharing video temu bual yang telah dirakamkan oleh crew BuaHMuLuT.CoM plak :D



sila abaikan kechoiian suara yang menemuramah itu yek ... sajhe lahh tu nak menjatuhkan reputasiku dengan memasukkan juga suara tersebut ... tapi apa apa pun ... greatjob tu Crew BuahMulut.com yang telah mengadakan temubual ini ... so guyz kalau kalian ada kelapangan silalah click ke BuaHMuLuT.CoM untuk mengetahui perkembangan dunia seni di Malaysia .... ;)

as usual ... stayTuned for next entry dari aku ;)

** rasa kelakar jer bila dengan suara sendiri dirakam ... walllawehhhh :-SS

TakSangkaYer ... :-t
.

Khamis, 3 November 2011

Daiyan Trisha Live at HotSound Studio

.
as per mention dalam previous nyer entry ... now aku sharing kat korang video video yang aku captured .... so layan \:D/


Mad Down
[Cover Song Rihanna]


Skyscraper
[Cover Song Demi Lovato]



Merpati Putih
[Cover Song OAG]


Layankan jahhh ............ ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Rabu, 2 November 2011

with Daiyan Trisha

.
kembali memblogkan diri ... last weekand on saturday ... aku telah diajak untuk join si si Joker and Romie untuk adakah satu sessi interview bersama Daiyan Trisha ... perhh pada mulanya aku rasa macam alamak sogan lahh polak ... tapi memandangkan aku ingin melalaikan diri aku pada weekand tersebut ... so aku ON jah vollehhh :D


so seperti dalam perancangan yang telah dilakukan ... around kul 2 petang kami bersama sorang lagi member pada Joker and Romie pun memulakan aktiviti rakaman nyanyian Daiyan Trisha ... rakaman tersebut diadakan di Hot Studio yang terletak di area Wangsa Maju atau lebih senang diketahui berhampiran dengan Wangsa Walk ... area NZ Curry house situ ... :)

time tu Daiyan telah sempat merakamkan 2 lagu cover yang bertajuk Mad Down dan Skyscraper ... dalam rakaman lagu Skyscraper yang dipopularkan oleh Demi Lovato Daiyan dibantu oleh adik beliau yang memainkan melodi piano ... wallaaa \:D/

selain itu ... Daiyan sempat juga memenuhi hajat kitorang dengan mendendangkan sebuah lagu yang dipinta iaitu Merpati Putih ... yang dipopularkan oleh OAG ... so selesai sajhe 3 rakaman lagu yang dijalankan ... sessi menemuramah pun diadakan ... dengan beberapa soalan yang telah tersedia diajukan pada Daiyan ... :P

around kul 5 ... aktiviti kami berakhir ... di sini ingin diucapkan Terima kasih pada Daiyan Trisha kerana sudi meluangkan masa bersama kami ... ehhh walaupun actually event ni bukan aku yang handle ... tapi as one of part dari team BuahMulut.com yang tak disengajakan ... aku turut amik kesempatan say thanks pada Daiyan Trishan dan Keluarga ... :)

so if kalian mahu tahu lebih lanjut about this interview ... lehh lahh ke web BuahMulut.com tersebut ... dan pada yang ingin melihat persembahan Daiyan Trisha yang dicaptured oleh aku ... as usual stayTuned akan aku sharingkan video tersebut nanti ... tapi apa apa pun kita layan dulu ini klip .... wallaaa .... [
part last tu tak bleh blah bila aku dikenakan oleh mereka ... ni rasa nak resigned jer :-SS ]



TakSangkaYer ... :-t
.

Selasa, 1 November 2011

Jalan by Society

.
kembali memblogkan diri ... kali ni aku nak review sikit pasal album band Society ... if kalian perasan kat ntry Frijan yang aku publish ada menyatakan yang kitorang beli album band Society kan ... so kat sini aku nak sharing sikit pasal album tersebut :D

wallaa ... jarang aku review pasal album ni ... heheheh :))


band Society yang dianggotai oleh Daiyan Trisha dan Meor Yusof menampilkan lagu lagu berbentuk puitis dalam album mereka bertajuk JALAN ... sekiranya kalian memang pernah mendengar lagu lagu saudara Meor seperti Lagu Sofa Biru, Sama Antara Sesama [lagu lagu ni aku dengar time persembahan Meor di MASKARA 16] pastinya lagu dalam album Jalan ni boleh diterima kalian ... :)

dan yang menariknya lagu lagu yang terdapat dalam album ini ada yang disampaikan oleh Meor dan ada beberapa lagu yang dinyanyikan oleh gadis comel bernama Daiyan Trisha ... antara lagu lagu yang disampaikan oleh Daiyan ialah seperti Jalan dan Berani Bercinta :D

hampir keseluruhan lagu lagu dalam album Jalan ini dicipta oleh saudara Meor Yusof manakala lirik lirik nya pula dinukilan oleh pakar novelis yang terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Shamsiah Mohd Nor dan juga Jimade Shah Othman ... wow TakSangkaYer RAM pun turut berkebolehan menghasilkan lirik lagu ... Sutera Bidadari ... lagu yang aku rasa diadaptasi dari novel top beliau iaitu Sutera Bidadari ... dan lagu ini didendangkan oleh Saudara Meor Yusof .... =D>

tajuk lagu yang terdapat dapat album tersebut adalah seperti:

# JALAN
# EMAS BERTATAH PERMATA
# BERHIJRAHLAH
# CINTA SEKERAS LOGAM
# DI ALAM NYATA
# BERANI BERCINTA
# GERIMIS MALAM
# BENCANA
# DEMI SEBUAH PERJALANAN
# SUTERA BIDADARI

so if ada kalian yang berminat untuk mendapatkan album ini boleh lah dapatkan di kedai kedai muzik berhampiran dengan kalian ... sekiranya sukar untuk mendapatkannya jangan bimbang kalian boleh juga mendapatkannya melalui pembelian secara online dengan menghubungi mereka di page facebook mereka SOCIETY :D

so gitulah kekdahnya ... hope band Society akan sentiasa maju kehadapan ... pada kalian as usual ... stayTuned for next entry dari aku ok .... ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Ahad, 30 Oktober 2011

Daiyan Trisha @ Frinjan 24

.
ok continue memblogkan diri ... kat sini aku nak sharing kat korang semua video yang aku capture malam tu ... so layan kan ok ... \:D/


GERIMIS MALAM



JALAN


CINTA SEKERAS LOGAM


BERANI BERCINTA

Selamat Menonton ok .... ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Frinjan 24

.
ntah macam mana ... one day tu si Joker roger aku untuk ajak gi layan Frinjan edisi yang ke 24 ... actually kat FB memang aku ada dapat info pasal event ni cuma aku just set maybe to attend ... :) tapi entah macam mana ... mungkin dah lama tak melalaikan diri ... jadi aku pun amik keputusan just say OK tu joker ... :P


around kul 8++ aku telah diculik oleh si Joker and Romi untuk dibawa melalaikan diri ke Pekan Frinjan yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7 ... so sampai jer as usual lahhh event belum lagi nak start ... i mean persembahan ... tapi booth memang dah ada ... heheheh :P

so around kul 9 malam ... event dimulakan dengan persembahan Tengku Adil dan lepas tu if tak silap aku persembahan dari Teater Asrar ... :-?

actually kehadiran si Joker and Romi ialah untuk memberi support pada new comers ni .. Daiyan Trisha ... ohh rupanya aweks comel ni merupakan ahli band Society bersama seorang lagi partner dia iaitu Meor ... wallawehh ... dah lama rasanya aku tak layan persembahan si Meor ni ... dan kini rupanya dah bergabung sama aweks comel ... satu pembaharuan .. :P

so selain layan persembahan .... kat sini as aku inform tadi ... ada booth yang korang mungkin boleh usha usha kalau kalau ada barang yang korang nak grab ... tapi kebanyakkannya semua gurlz nyer barang lahh ... so untuk aku just berminat pada booth bahan bacaan jer ... heheheh dan tanpa aku sedari ... amik kau aku telah grab 3 bahan bacaan ok .... :D

amik kau ... aku pun duk terpikir bila lahh aku nak mentelaah buku tersebut ni ... sedangkan aku masih ada que buku lain yang belum aku habis telaah ... opss cd Society tu aku duk pinjam dari si Joker ... jangan risau Joker nanti aku akan pulangkan itupun kalau aku ingatlahh :P

tak sangka Frinjan dah semakin maju .... kalau dulu ... sound system pun tak berapa nak cara ... kini tidak lagi ... rasanya semakin improve ... dan pada aku tempat pun more proper dan selesa ... coz di dataran rasanya lebih terganggu dengan bunyi laluan kenderaan dan adakalanya bunyi loceng jam ... heheheheh .... ehh apa aku ngarutkan ni ... apa apa pun tahniah pada semua crew Frinjan kerana berjaya mengekalkan dan meneruskan event ini setiap bulan ... :)

so gitulahh kisah Frinjan 24 ... so as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

TakSangkaYer ... :-t
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin