Isnin, 4 Februari 2013

Sembang Buku di Karnival Karangkraf

.
kembali memblogkan diri ... kali ni nak citer or sharing pasal kisah aku ke Karnival Karangkraf ... well baru baru ni Karangkraf ada buat Karnival kat tempat dia ... so seperti biasalahh haruslah ada jualan buku or novel novel pada harga murah ... :D

tapi karnival itu pada mulanya langsung tidak menarik minat aku untuk ke sana ... satu kerana aku kureng sikit dengan penulisan penulisan keluaran mereka ni ... kecuali penulisan Ramlee Awang Murshid ... tapi tu lahh novel RAM terkini aku dah ada ... so tak tujuan untuk aku ke sana :-?

tapi pada sabtu malam ... time aku duk layan FB ... tup tup aku ternampak poster kat atas tu ... yang membuatkan aku rasa terpanggil panggil untuk ke Karnival Karangkraf tu just nak dengar Sembang Buku ni yang bertajuk Karya Cerdik, Indie atau RM? yang salah sorang panel dia ialah bro Amir Muhammad penerbit FIXI :D

so aku pun ajaklah si Daus yang memang partner buku aliran sebegini ni ... heheheh dan sajhe ajak Wahida yang sudahpun beralih arah dari seorang pembaca novel tegar alaf21 kepada novel novel indie :D bila mereka ON ... after lunch ... kitorang pun ngular lahhh [ untuk pengetahuan hari tu aku ngan Daus kerja ... mode ON CALL :-SS ]

sampai jer kat Karnival ... hemmm tak yah cakaplah kan ... ramainya yang mai ... tapi adakalanya nampak hambar pun ada gak ... maybe sebab aku pun tak amik port sangat just mai nak dengan Sembang Buku jer ... tempat jualan Novel pun kitorang just berteduh memikirkan kat ner sebenarnya sembang buku ni :-?

pada mulanya aku ingat kat pentas utama ... nasib aku google balik then baru perasan rupanya kat Auditorium ... terus cari and finally jumpa ... :D


maybe kitorang dah terlambat jadinya kitorang ketinggalan around setengah jam or 45 minit Sembang Buku ni lalu kitorang decide just dengar dan perhatikan jer sessi soal jawab ... nak tanya soalan takut dah soal yang ditanya telah pun dibincangkan ... coz seperti aku mention kitorang jumpa auditorium ni agak lambat ok :(

tapi time kitorang berada dalam sembang buku ni ... aku amat kagum dengan jawapan yang diberikan oleh 2 panel yang dilantik itu ... Ana Balkis dan Amir Muhammad ... jawapan mereka memang bernas ... dan slumber ... xpecially untuk soalan bagi mereka yang masih mempunyai pemikiran ortodoks ... :P

dan antara yang aku tak leh lupa ... perkataan indicator ... dammed aku ingat dalam programming jer ada indicator bagai ni ... rupanya dalam sesebuah penulisan pun perlu ada indikator ye ... hehehe dan hujah ini disampaik oleh Pn Ana Balqis ... 4 kali dia ulang dalam slang english dan melayu ... dah ala ala Listen listen listen =))

ini kerana ada yang cuba mempersoalkan tentang hujah Pn Ana Balqis yang menyatakan buku SHIT itu baik ... yang bagi aku mereka menilai buku tersebut mengikut emosi ... bukan pada cara penyampaian buku itu seperti yang dikatakan oleh Pn Ana Balqis [ tetiba aku mula terfikir kat mana buku SHIT yang abah aku beli dulu ye ... dammed sure rare kalau aku ada buku tu :P ]

dan apa yang aku dapat rumuskan melalui Sembang Buku ni ... sebenarnya hanya kita sebagai pembeli yang dapat menilai sama ada karya itu cerdik atau tidak ... dan apa apa pun terpulang pada pembaca yang membeli buku or novel or bahan bacaan itu sendiri yang menilai ... tiada siapa yang dapat menghalang ...

dan aku yakin ... sekiranya kita percaya dan mempunyai pegangan agama yang benar ... tidak semestinya kita akan mudah terpengaruh dengan buku buku or bahan bacaan yang kita baca ... ni bagi mereka yang melebelkan sesebuah buku itu tidak sesuai dibaca kerana mempunyai unsur unsur yang terlampau ... 

dan bagi aku apa bezanya  bahan bacaan dengan bahan yang kita tonton ... seperti drama or filem :P kalau kita nengok cerita kisah kisah pembunuhan adakah kita akan menjadi pembunuh ... :-/

kalau diberi peluang hari tu ... maybe kitorang nak bertanya tentang issue penggunaan bahasa dalam penulisan ... ialah baru baru ni kan kecoh tentang issue bahasa kelas rendah kelas tinggi bagai ... dan pula kriteria buku buku yang macam mana layak dipasarkan secara komersial di toko toko buku ... tapi dari apa yang aku dengar rasanya soalan ini pastinya sudah dibangkitkan .. cuma kitorang jer tak sempat untuk mendengar hujah hujah tersebut ... maybe :)

so selesai jer Sembang Buku ni ... kitorang pun beredar dan pulang semula ke office ... seperti aku katakan ... kitorang memang mai untuk mendengar Sembang Buku jer ... dan memang tidak ada pembeliaan novel novel or buku ketika itu ... YES KAMI BERJAYA UNTUK TIDAK MEMBELI ... =))

so gitulahh kisah untuk entry kali ni ... as usual stayTuned for next entry dari aku ok ;)

** time Sembang Buku ni juga aku baru tahu akan kegunaan sebenar perkataan "Si" dan "Sang" .... :D

TakSangkaYer ... :-t
.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin