erkkk awat ngan ko kematz... tiba tiba entry ko agak pelik topic nyer.... hehhehe.... relax cool... actually bukan apa... aku just sajhe nak sharing satu penulisan yang aku jumpa... macam menarik... so sajhe nak tepek sini... and maybe korang lehh bagi respond... so korang layan lahh ye penulisan ini.... hehehhe...
________________________________________
Nah! ambil ia benda ni
apa ni ?
ini adalah hati..
hati aku
hemmm...
kenapa kau sudi beri kepada aku?
Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku
kau lebih dari seorang kawan
terima kasih...
ianya amat bererti..
aku amat menghargainya..
Oh ye ke?
tapi Maaf
Untuk Apa ?
Sebab..
hati itu aku tak berikan sepenuhnya
cuma sebahagian sahaja..
maksud kau ??
aku pernah beri hati aku kepada orang lain
dan aku juga telah memberinya separuh sahaja..
mungkin aku takut hati aku itu tidak dijaga sebaik-baiknya...
aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri
ianya bukan seperti barangan lain
seperti duit mahupun permata atau sebagainya
hati in penuh mistik ada kaajaiban yang tersendiri
Mistik?
kelakar bunyinya..
Mungkin kelakar... Tapi itu realitinya..
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau..
rentak perasaan orang yang aku beri...
Jika engkau betul betul ikhlas menjaganya
hati ini akan bersinar..
tapi
jika engkau mempersia siakan hati ini akan malap
mungkin akan mati selamanya..
apakah yang ku perlu bayar untuk harga sekeping hati ini ?
ianya bukan percuma..
tiada nilai yang tepat untuk harga sekeping hati
kerana ianya tidak ternilai mahalnya
dan jika kau ingin tahu
setiap manusia ada nilainya tersendiri
setiapnya terlalu mistik!!
hati ini hanya akan diberi kepada insan terpilih sahaja
insan yang istimewa
dan kau adalah seorang daripada mereka
kerana naluri aku percayakan kau
aku insan terpilih ?
ya.. kau yang dipilih.. hati tidak berubah..
seperti yang terjadi jika hati ini tidak diberikan kepada kau
hati aku tetap hanya tinggal sebahagian sahaja
ada orang yang tidak pernah memulangkannya
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap
ada yang pulang dengan penuh kelukaan
ada yang sudi berikan sebahagian hatinya sebagai ganti
cuma satu sahaja kau tak mengerti
sekali hati terluka
kadangkala susah nak mengubatinya
adakalanya mengambil masa yang lama untuk ia kembali mekar
mungkin pemilik hatinya aka menyendiri seketika
sehingga hatinya pulih
hati yang diberikan bukan suka suka
ianya lahir atas satu kepercayaan
dan dari situlah wujudnya kasih sayang
jika hilang rasa percaya itu maka sukarlah untuk hati ini
kembali indah...
___________________________________
-nukilan neeya -
jangan ditanya dari majalah mana aku baca.... dari novel mana aku copy... mahupun dari web mana aku cilok.... tapi aku memang gemar penulisan ini.... erti harga sekeping hati......
TakSangkaYe....
.
TakSangkaYe....
.
5 ulasan:
errk..
apakah!!
kematz dalam mode jiwang dan bunga2 ...haha
cuba ko buat sendiri beb...nukilan sendiri baru nmpk ikhlas dan tulus mulus...:D
adam.... apa yang erkkk and apakahh..
sue.... heheheh ntah but coretan tu menarik... tersentuh plak aku...
erkk aku nak tulis... memang hampeh jadinya.... hahahha
menarik penulisan nie..
bila aku baca..aku cam letakkan diri aku..mcm aku yg menulis..sebab dia gambarkan ape yg aku pernah rasa...huhu..
nora... tu lahh kalau kita baca dan bayangkan kita di situasi itu... memang tersentuh... kan... hahahha
Catat Ulasan